Penyanyi, Yonnyboii bakal muncul dengan lagu terbaharu berjudul ‘Sengkek’ yang menampilkan penyanyi, Alyph sebagai teman kolaborasi.
Artikel Berkaitan: Mohon Netizen Jangan Jaga Tepi Kain Orang, Yonnyboii Tak Kisah Isteri Pakai Seksi – ‘Dia Lawa Untuk Saya’
Artikel Berkaitan: Sambut ‘Anniversary’ Pertama, Yonnyboii & Isteri Lancar Lagu Duet Sulung
Lagu Sengkek
Memetik laporan Harian Metro, karya terbabit diilhamkan berdasarkan pengalaman sukar dirinya dan orang ramai yang pernah melalui fasa ‘sengkek’. Bukan itu sahaja, Yonnyboii menjelaskan fasa berkenaan juga yang telah membuatnya bangkit dan terus berusaha mencapai kejayaan dalam hidup mahupun kerjaya.
Saya hasilkan lagu ini sebab kita semua pernah merasai fasa ‘sengkek’ itu sendiri. Jadi, ia dapat dikaitkan dengan pengalaman ramai orang. Melihat perkara itu, saya fikir kenapa tidak saya tulis satu karya yang semua orang boleh faham.
Kalau bercakap mengenai ‘sengkek’, saya yakin kita semua pernah melalui fasa bekerja dengan gaji kecil, tapi tak semestinya tak ada duit. Saya ada duit ketika itu, cuma rasa seperti tidak cukup. Rasa ‘sengkek’.
Justeru itu, penyanyi berusia 25 tahun ini menegaskan dirinya sentiasa ‘lapar’ untuk mencipta sesuatu yang lebih baik hari demi hari. Malah, menjalin kolaborasi bersama Alyph juga merupakan satu impian yang menjadi kenyataan baginya.
Ketika menulis, saya makan kerepek dan roti. Jadi, saya masukkan elemen itu dalam lirik memandangkan ia sesuai dengan rima. Ia berhasil dan saya dapat tuangkan segala perasaan saya dalam karya ini. Ini juga menjadi lagu yang saya rasa, memakan masa sangat singkat untuk disiapkan.
Kagum
Dalam pada itu, Alyph mengakui kagum dengan kesungguhan Yonnyboii yang mempunyai kejelasan dalam menetapkan hala tuju kerjaya seninya, malah pernah mengucapkan tahniah atas kejayaan Yonnyboii.
Selepas kejayaan salah satu lagunya, saya menghantar mesej kepadanya untuk mengucapkan tahniah. Bila dia balas, dia meminta saya tidak membaca mesej terdahulu.
Itu yang buatkan saya tersedar bahawa dia pernah menghantar mesej kepada saya. Apa yang buatkan saya kagum adalah keberanian dan kesungguhannya untuk belajar. Dia adalah pemuzik yang sangat rajin.
Kali pertama saya mendengar demo lagu ini adalah ketika berada di studio SonaOne. Dia yang perkenalkan saya kepada lagu ini dan saya dapat dengar susunan kata dan muzik yang sangat jujur. Saya bukan dengar sebagai artis atau penerbit, tapi sebagai penggemar muzik
Alyph turut menjelaskan bahawa lagu tersebut adalah lagu milik Yonnyboii. Dia hanya menumpang dan menambah nilai kerana baginya dia tidak mahu terlalu berlebihan.
Sumber: Harian Metro