Penyanyi, Yonnyboii tidak kisah jika isterinya mahu memakai pakaian seksi kerana penampilannya itu hanya untuk dirinya. Tambah Yonny, netizen hanya melihat kehidupan dia dan Nazira hanya di media sosial sahaja.
Artikel berkaitan: Sambut ‘Anniversary’ Pertama, Yonnyboii & Isteri Lancar Lagu Duet Sulung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Yonnyboii Makin Seksi, Netizen Dakwa Culture Shock
Artikel Berkaitan: Isteri Yonnyboii Nafi Berubah Selepas Kahwin, Dah Pakai Sejak Zaman Kolej Lagi, Netizen Kutuk Saya Dapat Pahala
Tak perlu jaga tepi kain orang
Bagi saya, tak perlu kot orang lain jaga tepi kain saya dan nak tahu macam mana saya menjaga bini saya. Orang hanya nampak dan tahu apa yang kita kongsi di laman sosial sahaja. Tapi orang tak tahu kami duduk di rumah sahaja. Jadi, dia sekadar nak feeling sendiri dan melawa di rumah. Ambil gambar atau selfie dalam rumah sahaja. Saya tak ada masalah pun dengan imej dia. Sebab dia nak melawa pun untuk saya.
Menurut Yonny, dia bersyukur dirinya masih lagi relevan dan disebabkan itu netizen gemar bercakap mengenai kehidupannya dengan isteri.
Kami dah tak fikir sangat. Apa saja publisiti adalah publisiti. Kalau orang kisah pasal saya maksudnya mereka ambil berat.
Terdahulu, nama Nazira menjadi perbualan netizen apabila dia memakai gaun pendek berwarna hitam di TikTok. Ujar netizen, pakaian Nazira sangat mencolok mata kerana ia jarang sehingga menampakkan kulit di bahagian lengan dan perut.
Sumber: Astro Gempak