Penyanyi YonnyBoii bakal bergelar seorang ayah apabila isterinya, Nik Nazira kongsi berita kehamilannya yang sulung di laman Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Mohon Netizen Jangan Jaga Tepi Kain Orang, Yonnyboii Tak Kisah Isteri Pakai Seksi – ‘Dia Lawa Untuk Saya’
Artikel Berkaitan: Isteri Yonnyboii Nafi Berubah Selepas Kahwin, Dah Pakai Sejak Zaman Kolej Lagi – ‘Netizen Kutuk Saya Dapat Pahala’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Ajar Saya Untuk Tenang’ – YonnyBoii Tak Kisah Orang Cakap Selalu Berkepit Dengan Isteri
Kehamilan sulung
Menerusi hantaran di laman Instagram, isteri kepada pelantun lagu ‘Salahku’ memuat naik beberapa keping foto bersama suaminya, YonnyBoii berserta gambar kandungannya. Hal ini diumumkan setelah beberapa bulan disembunyikan.
Walau bagaimanapun, difahamkan usia kandungnnya yang kini berusia lima bulan.
Sudah berbulan-bulan bersembunyi, tetapi saya ingin berkongsi beberapa bulan terakhir kehamilan saya dengan anda semua.
Alhamdulillah tak lama lagi kami akan menjadi mommy dan daddy. Doa agar dipermudahkan perjalanan untuk kami dan baby.
Nik Nazira menyatakan walaupun dirinya kelihatan seperti tidak berbadan dua, namun baginya cukup sekadar kandungan berada dalam keadaan yang selamat.
Sekadar info, Yonny dan Nik Nazira selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 di Duchess Place, Ampang setelah mengikat pertunangan selama sebulan.
Sumber: Instagram @niknazira