Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun disahkan meninggal dunia dipercayai selepas menjadi mangsa pemerkosaan seorang remaja.
Artikel Berkaitan: Terlalu Comel, Budak 2 Tahun Dirogol Jiran – ‘Dia Mengadu Kemaluan Sakit..’
Artikel Berkaitan: Bapa Jalang! Jadikan Anak Hamba Seks Selama 11 Tahun, Kini Hamil 7 Bulan
Maut dipercayai dirogol
Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita yang dipercayai merupakan ibu mangsa mendakwa kejadian tersebut berlaku pada 21 November lalu di Indonesia.
Lebih meruntun hati apabila mengetahui, ibu mangsa masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi keduanya sebulan lalu dan kini dia terpaksa menerima pemergian anak sulungnya pula.
Kenapa Kakak tinggalkan Mama? Dari jam 8 Mama sudah rasa tidak sedap hati, rupanya dapat berita Kakak sudah tiada. Oh Tuhan tergamaknya manusia. Baju Kakak untuk perayaan Hari Natal sudah siap dijahit. Kenapa Kakak tinggalkan Mama. Mama tak dapat dengar suara Kakak lagi lepas ini.
Dalam pada itu, wanita ini menegaskan akan menuntut keadilan buat anak kesayangannya itu. Dia juga berharap agar pelaku dikenakan hukuman yang setimpal meskipun masih di bawah umur.
Sumber: Facebook Jerika Sorta & Facebook Sherly Silahi