berita

Ditanya Macam Mana Nak Lawan Covid-19, Jawapan Guna ‘Kentut’ Kanak-Kanak Ini Buat Netizen Berdekah!

July 2nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang wartawan Buletin Utama TV3 telah menemubual murid taska di Putrajaya mengenai Covid-19 dan jawapan spontan yang diberikan mereka sangat kelakar.

‘Covid-19 tu ada tajam-tajam’

Memetik laporan yang ditayangkan pada 1 Julai 2020 yang lalu memaparkan wartawan Juliana Sharin sedang menemubal adik Muhammad Rifqi Mohd Rizuan dengan bertanyakan tentang kefahamannya tentang Covid-19. Lebih menarik perhatian adalah jawapan yang diberikan oleh adik Rifqi sangat lucu dan diluar jangkaan. Mengikut kefahamannya, Covid-19 adalah ‘makhluk’ yang tajam seperti seekor dinosaurs dan hanya ‘kentut’ yang mampu menumpaskannya.

Sedutan rakaman tersebut kemudian dikongsikan semula di akaun Twitter Hasrul Rizwan sehingga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan jawapan spontan murid taska itu. Perkongsian itu telah mendapat sebanyak 207k jumlah tontonan dan 28.5k retweet.

Respon netizen

Sumber: Buletin Utama, Hasrul Rizwan

 

SKIP THIS AD ×