berita

Ditimpa Pelbagai Ujian Ketika Ramadhan, Wanita Ini Kongsi Sebab Kenapa Rezeki Tak Murah

June 14th, 2016 | by Ai
Kini Trending

rezekicover

Bulan Ramadhan bukan alasan untuk kita bermalasan atau mengurangkan produktiviti kerja. Pun begitu, seharusnya kita merebut peluang memperbanyakkan ibadah seperti tadarus Al-Quran dan solat Terawikh kerana pahala yang dijanjikan berlipat ganda pada bulan yang penuh berkat ini.

Wanita ini pernah ditimpa dugaan berturut-turut semasa bulan Ramadhan. Ibarat jatuh ditimpa tangga, satu per satu ujian datang kepada wanita ini dan keluarganya. Namun, dia telah mendapat penjelasan disebalik semua dugaannya itu. Semoga kisah yang dikongsikan ini menjadi pengajaran dan inspirasi buat kita semua agar meletakkan lebih pengharapan kepada Allah SWT.

Mula Berniaga Tapi Kurang Dapat Sambutan…

Screenshot 2016-06-14 13.49.29

Sekadar Gambar Hiasan

Ramadhan saya yang lalu…

Ramadhan 2005 dan 2006 adalah satu episod pedih dalam hidup saya. Pada tahun 2005 saya tak bekerja… Suami pulak hilang pekerjaan secara tiba-tiba. Pada Ramadhan 2005, saya cuba berniaga di bazaar ramadhan. Hari pertama berniaga hanya 3-5 orang sahaja yang datang. Disebabkan hujan yang sangat lebat dan kawasan yang baru… Itupun syukur. Gerai orang lain langsung tak ada orang datang.

Esoknya, kami cari kawasan lain. Kemudian mula berniaga nasi lemak rm1.50. Sehari dapatlah RM100 lebih. 2 orang anak yang berumur 5 tahun dan beberapa bulan saya angkut sekali. Sepanjang Ramadhan penuh dengan aktiviti berqiamulail, merebus telur dan memasak sambal. Tadarus entah ke mana! Semuanya disebabkan saya dan suami tak bekerja. Sumber pendapatan pun bergantung pada jualan nasi lemak dan kerepek. Agak-agak macam mana lah raya tahun tu? Memang tak seperti raya!

Susah Dapat Kerja Walau Ada Degree, Pengalaman…

Dengan nak bayar duit kereta… Sewa rumah… Duit sekolah anak…. Terasa sangat siksanya. Dan kesusahan tu tak habis sekelip mata… Banyak lagi dugaannya. Masa tu saya rasa hairan… Kenapa saya susah? Saya bukan orang jahat… Orang jahat pun lagi senang dari saya.

Dunia ni tak adil…!!! Tuhan pun tak adil!! Itu kata saya dulu… Kemudian… Saya dan suami balik ke Kuantan. Harap-harapnya hidup akan jadi lebih baik. Harap-harapnya dapat kerja yang bagus-bagus.

Okey, pada tahun 2005 setelah berjerih menjual nasik lemak di Bazar Ramadhan, di akhir tahun tersebut kami pun pulang ke Kuantan. Pada fikiran saya, saya ada degree ada pengalaman kerja, apa lah sangat masalahnya nak cari kerja di Kuantan. Mesti dapat punya! Dengan kos sara hidup yang rendah, takde masalah kalau dapat gaji setakat RM2500! Itu tanggapan saya. Masih ego dengan sekeping degree.

Rupanya Allah tak pandang pun degree saya nan sehelai tu, Allah tak pandang pun pengalaman kerja bertahun-tahun menguruskan client yang hebat—hebat. Semua tu tak laku di mata Allah SWT. Dia yang maha tahu apa yang layaknya untuk saya.

Maka saya dan suami terus juga berniaga kecil-kecilan. Malam-malam hingga pukul 2am-3am kami sibuk bungkus kerepek. Suami akan jaja kerepek dan ada juga dihantar ke kedai dan asrama-asrama.

Masa tu, saya mula tahu prosedur gadaian, apa itu Ar Rahnu, Poh Kong tutup pukul berapa…dan macam-macam lagi! Nak beli susu dan pampers anak pun singgah ke Poh Kong dulu. Malu ke apa ke semua dah taruk belakang tandas…

Kereta Ditarik Waktu Nak Pergi Temuduga…

Tahun 2006, masih sama. Anak saya hantar ke sekolah tadika di kampung. Saya masih macam dahulu, tertanya-tanya bila nak dapat kerja. Ada kala ex-boss di KL bagi juga kerja-kerja yang boleh dibuat dari rumah. Dapatlah sikit duit. Duit sewa rumah dah lepas. Sebab duduk rumah abah. Kadang-kadang tolong bayar bil sikit-sikit. Duit kereta dah mula sorok-sorok. Duit rumah yang dibeli pun dah mula tak berbayar.

Hidup tetap hidup. Sehingga suatu hari… Saya dapat panggilan temuduga ke KL. Di sebuah syarikat Insurans. Happy sangat rasanya. Macam dah ada cahaya sikit. Suami saya pulun sepulunnya jual kerepek supaya ada duit belanja untuk ke KL.

Masih saya ingat, tariknya adalah sehari sebelum Ramadhan tahun 2006. Kami naik kereta ke KL, bawa seorang anak yang baru berumur setahun lebih. Sesampai di KL, kami makan sekejap di Ampang Point sementara menunggu waktu temuduga. Sebaik lepas makan, kami keluar ke kereta yang di parking di luar bangunan…dan tiba-tiba….. Ada 3 lelaki berbadan besar2 sedang kepung kereta kami. Katanya, mereka perlu tarik kereta tu sekarang jugak! Sebab dah tak bayar…

Tapi kami merayu..saya kata tunggu sampai saya habis interview dulu. Mereka pun bersetuju dan mereka naik kereta saya dan sebuah kereta mereka ikut kat belakang sampai ke tempat interview. Anda rasa mereka tunggu sampai saya habis interview ke? Cer teka apa mereka buat?

Sedang saya naik tangga menuju ke bilik interview, saya nampak mereka tinggalkan suami saya dan baby saya serta sebijik stroller di bus stand tepi jalan… Dan mereka blah macam tu je… Sah saya dah tak boleh jawab interview tu… Sah lah saya tak dapat kerja tu… Tah hape soalannya pun saya tak ingat.

Kami pulang ke Kuantan naik bas. Sampai Kuantan tengah malam. Sepanjang dalam bas saya dukung baby dan kami suami isteri diam sahaja . Tak tau nak cakap apa. Saya hanya berfikir? Apa lagi nak kena lepas ni? Apa lah yang jahatnya aku ni sampai kena macam ni sekali? Apalah hinanya aku ni sampai jadi macam ni?

Sepanjang Ramadhan tahun tu, saya bergelut dengan soalan-soalan tu. Sebahagian diri saya cuba memujuk diri untuk terus sujud kepada Allah dan minta bantuannya, sebahagian lagi terus rasakan Allah tu tak adil, uji saya sebegitu hebat.

Mintalah Pada ALLAH!

solat-sendiri

Sekadar Gambar Hiasan

Sehingga satu hari, ada seorang sahabat menghubungi saya… Saya pun dengan muka tak malu terus ceritakan segala masalah kepadanya dan jawapannya senang sahaja.

Tuhan dah kata, “Mintalah kepadaKu NESCAYA aku perkenankan. Dia tak cakap TENGOKLAH DULU, Dia tak cakap MAYBE . Dia cakap NESCAYA. So kau doa je lah mintak kat Dia. Yang kau nak sedih-sedih pasal apa?”

Saya rasa macam terlempang diri sendiri masa tu. Saya rasa macam eh apasal aku tak perasan benda tu yerk. Jadi, Ramadhan tahun tu, saya pulun habis-habisan. Saya perbaiki apa yang patut, baca AL-Quran sebanyaknya, dan buat sebaiknya.

Hasilnya..tak lama lepas tu suami saya dapat kerja di sebuah kedai jual photcopy machine dan saya dapat kerja di sebuah shipping agent. Jadi kerani sahaja. Macam saya cakapkan tadi… Di mata Allah SWT degree saya tu tak laku…Dia maha Mengetahui apa yang terbaik utuk saya.

Syukur, Alhamdulillah…tak payah lah bergadai lagi nak beli susu. (Nak gadai pun dah takde apa!)

Sumber: Kenapa Rezeki Tak Murah

SKIP THIS AD ×