Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita di Indonesia, nekad menikam dan menetak anaknya yang berusia enam tahun.
Artikel Berkaitan: Pelajar Cemerlang Ditahan Polis, Tikam Ibu Ketika Tidur Dengan Adik Tiri Usia 14 Hari
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Didera, Dikurung & Tidak Diberi Makan Oleh Bapa Kandung & Keluarga Tiri
Kemurungan
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Detik News, wanita tersebut mengalami kemurungan teruk selepas suaminya meninggalkannya.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Jakarta, Iver Son Manossoh, wanita tersebut hanya tinggal berdua dengan anak tunggalnya selepas suaminya pergi.
Dia sudah lama berpisah dengan suaminya, sehingga mengalami kemurungan yang teruk dan dia tinggal berdua dengan anaknya
Kejadian ini berlaku pada Rabu lepas setelah jiran menyedari tindakan yang dilakukan oleh suspek dan mereka terus membuat laporan polis.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Koja, AKP Asman Hadi pula menyatakan, suspek menikam anaknya sendiri menggunakan pisau dapur dan terdapat tiga kesan tikaman dan luka di badan mangsa.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak berusia enam tahun itu terselamat dan kini dia sedang menjalani rawatan di Hospital Koja.
Disebabkan kejadian itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis.
Sumber: Detik News