Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan suami kepada penyanyi, Lesti Kejora iaitu Rizky Bilar pernah menjadi gigolo dan mempunyai hubungan sulit dengan seorang transgender.
Artikel Berkaitan: ‘Hanya Wanita Bodoh Yang Pertahan Suami Selingkuh’ – Netizen Sepakat ‘Boikot’ Lesti Kejora?
Artikel Berkaitan: Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar Demi Anak
Artikel Berkaitan: Lesti Kejora Bakal Tarik Balik Laporan Terhadap Rizky Billar
Terbaru, Rizky dikhabarkan bakal memfailkan saman terhadap pemfitnah atas dakwaan tersebut kerana telah memfitnah sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang selebriti.
Sebar berita palsu
Menerusi laporan Celebrity Okozone, Rizky bakal memfailkan saman terhadap individu dikenali Satria Mulia kerana menyebarkan berita palsu kepada warganet di media sosial. Menurut Peguam Indra Tarigan, dia sendiri menawarkan diri untuk menjadi saksi kes tersebut selepas melihat bukti laporan palsu ditunjukkan Rikzy.
Rizky menghubungi saya dan menunjukkan semua bukti. Dia minta saya menjadi peguamnya, namun saya kata, biar saya menjadi saksi jika mahu membuat laporan.
Tambah Indra lagi, tindakan itu diambil setelah mendapati Satria sudah melampaui batas kerana berani mengeluarkan kenyataan tidak benar dan fitnah.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila viral beberapa keping foto Rizky sedang menawarkan perkhidmatan sebagai teman lelaki upahan. Malah, Rizky dituduh pernah menjalinkan hubungan songsang bersama seorang transgender.
Sumber: Celebrity Okozone