Selepas pulang dari menunaikan umrah, penyanyi dangdut, Lesti Kejora nekad untuk menarik semula laporan polis berhubung dakwaan kekerasan rumah tangga terhadap suaminya, Rizky Billar.
Artikel Berkaitan: Leher Dipasang Pendakap, Lesti Kejora Masih Trauma Dipukul Rizky Billar
Artikel Berkaitan: Pakai Baju Lokap Oren, Rizky Billar Sudah Ditahan Polis
Demi anak
Memetik laporan Detik.com, Lesti menyatakan sebab utama dia membuat keputusan itu adalah demi anak mereka, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang kini berusia sembilan bulan.
Alasannya kerana anak. Walau apa pun, dia merupakan bapa kepada anak kami.
Dalam satu temu bual bersama media di Balai Polis Jakarta Selatan, Jakarta, semalam, penyanyi berumur 23 tahun itu memaklumkan suaminya sudah menyesali dengan kesilapan dilakukan.
Katanya, Rizky, 27, sudah meminta maaf dengan kedua ibu bapanya dan keluarga.
Saya memaafkan dia. Dia sudah berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut.
Rizky mengakui perbuatannya dan sudah meminta maaf kepada saya serta ahli keluarga lain termasuk ayah saya, Endang Mulyana. Mereka pun sudah memaafkannya.
Menetapkan perjanjian
Sementara itu, peguam kepada Lesti iaitu Sandy Arifin memaklumkan Lesti menetapkan beberapa hal penting dalam persetujuan pendamaian dengan suami.
Ada beberapa isi penting dalam perjanjian mereka. Kalau Rizky melanggar peraturan tersebut, Lesti berhak membawa perkara ini ke mahkamah.
Sesuai perjanjian, perkara ini tidak akan berlaku lagi.
Pada 28 September lalu, Lesti membuat laporan polis dengan mendakwa dipukul suaminya sekitar pukul 1.51 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.
Dalam laporan tersebut, Lesti mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan dan pergelutan antara mereka.
Rizky didakwa bertindak agresif dengan memukul, mencekik dan menghempas isterinya sehingga terjatuh ke lantai.
Untuk rekod, pasangan popular itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: Detik.com