berita

Dituduh Dalang ‘Hack’ Instagram Zul & Muatnaik Gambar Panas, Ini Respon Padu Zahirah Macwilson

April 23rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Percintaan Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson seperti sedia maklum sudah putus di tengah jalan. Pelbagai spekulasi timbul mengenai terlerainya ikatan mereka namun jawapan sebenarnya hanya mereka berdua yang tahu.

Baru-baru ini gambar panas yang didakwa dimuatnaik di Instagram Zul menjadi buah mulut netizen. Tanpa disangka-sangka nama Zahirah terpalit sekali dengan kontroversi melanda.

Ex girlfriend kot yang hack

Pengguna Twitter tanpa semena-mena menuduh Zahirah sebagai pihak bertanggungjawab menggodam akaun Instagram Zul dan memuatnaik gambar lucah berkenaan. Zul sebelum ini membuat kenyataan akaunnya di’hack’ pihak tidak bertanggungjawab dan memuatnaik gambar lucah berkenaan untuk mensensasikan keadaan.

Zahirah kemudiannya membalas dia mempunyai perkara yang lebih penting untuk dilakukan berbanding bertindak sedemikian lalu menepis dakwaan itu.

Tapi you selfie kat jenazah?

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi netizen membuat satu lagi dakwaan bahawa pelakon kacukan British-Melayu ini berselfie berhampiran jenazah. Sebelum ini media melaporkan Zul menyatakan bekas kekasihnya berbuat demikian sehingga mengakibatkan hubungan mereka berantakan.

Menjawab tuduhan itu, Zahirah bertanya kembali dimanakah gambar selfie itu dan menyoal sama ada netizen berkenaan berada di tempat kejadian.

Beberapa pengikutnya di laman sosial itu memintanya tidak mengendahkan provokasi sedemikian untuk mengelakkan perkara dan spekulasi lebih buruk berlaku.

Sumber: Zahirah Macwilson

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×