Setelah melalui pelbagai fasa gosip dan spekulasi mengenai perkahwinan mereka sebelum ini, pasangan terhangat Fazura dan Fattah Amin kini sedang mengecap bahagia. Kegembiraan mereka terpancar menerusi kehidupan rumah tangga yang secara terbuka dikongsi bersama peminat di laman Instagram masing-masing.
Pun begitu, ada mata-mata yang seakan tidak senang melihat mereka berdua bersama. Apatah lagi di zaman media sosial, cukup senang fitnah berleluasa.
‘Sedarlah diri kamu tu Fazura’
Satu akaun peminat yang dipercayai akaun palsu meninggalkan komen tidak berpuas hati dan mendakwa Fazura berdating dengan rakan baiknya, Rizman yang juga pereka fesyen. Pelakon cantik ini sudah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Rizman dan banyak bekerjasama menyediakan busana menerusi jenama Rizman Ruzaini.
Tidak melatah, Fazura membalas komen tersebut dengan ucapan terima kasih kerana meminatinya dan meluangkan masa untuk mengetahui aktiviti hariannya. Terangnya kepada individu itu, Fatah sebagai suami adalah seorang yang penyayang, jika dia sibuk dia akan meminta si isteri untuk menghabiskan masa dengan rakan-rakan.
Tambah lucu, Fazura juga turut menjemput individu terbabit untuk turut sama dengan mereka lepak bersama.
Pengikut dedahkan siapa di sebalik akaun palsu
Pernah ‘meroyan’ di IG Daler Yusof
Be careful Faz
‘You jealous ke?’
Sumber: Missfazura, Lofafans Cyberbullying