Pelawak Ali Puteh berasa kesal kerana masih ada segelintir individu yang menuduh dia berkaitan harta peninggalan arwah Abam Bocey.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Nak Buat Press Conference Lagi?’ – Kes Faraid Selesai, Netizen Serang Ali Puteh
Pakai duit arwah la tu
Terbaru, Ali, 32, ada berkongsi foto kebun miliknya bersama isteri tercinta, Melati Fitri Abdullah dan anak-anak.
Namun, hantaran itu dicemari dengan komen daripada seorang keyboard warrior yang mendakwa pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengguna duit arwah abangnya dalam urusan tanah tersebut.
Tersangat biadab
Bengang dengan tuduhan tidak berasas itu, pelakon filem Kolong menyifatkan dakwaan itu terlampau biadab untuk dihiraukan.
Dalam pada itu, Ali juga meluahkan hasrat untuk mencari pemilik akaun terbabit kerana telah melemparkan kata-kata fitnah.
Ya Allah.. masih ada lagi manusia begini hidup di muka bumi ini.. Kalau masih hidup, cepat-cepat la bertaubat. Takut esok-esok pergi ke negeri abadi masih tak dapat maaf dari saya.
Terlalu biadab sangat sampai kata saya makan duit arwah abang saya Abam. Macam mana la nak cari manusia ni..tersangat biadap.. Kategori bangsat…!!
Terdahulu, arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 9 Februari 2020 di kediamannya di Gombak akibat demam panas.
Sumber: Instagram @aliputeh_official