berita

Dituduh ‘Langgar’ Kuarantin Lepas Gambar Pakai Gelang Pink Di Stesen Minyak Tersebar, Ini Cerita Sebenar

January 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di laman sosial media, tersebar gambar lelaki memakai gelang berwarna merah jambu yang kelihatan sedang mengisi minyak kenderaan di Masjid Tanah, Alor Gajah. Lelaki berusia 69 tahun itu bagaimanapun telah membuat laporan polis berhubung penyebaran foto tersebut dan mendakwa perkara itu adalah tidak benar.

Dipercayai, lelaki itu sudah tamat menjalani proses kuarantin diri di rumahnya sendiri dan ketika itu di mahu ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang tersebut.

Gelang pink di stesen minyak

Memetik laporan Harian Metro, menerusi laporan Ketua Polis Daerah Alor Gajah iaitu Superintendan Arshad Abu memaklumkan lelaki terbabit membuat aduan di Balai Polis Masjid Tanah selepas gambarnya mengisi minyak memakai gelang merah jambu tular di media sosial.

Lelaki tersebut menjelaskan dia dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk memotong gelang merah jambu selepas selesai menjalani proses kuarantin Covid-19 di rumahnya di Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

Tambahnya lagi, dia berhenti mengisi minyak di stesen minyak dan kemudian terus ke HAG untuk memotong gelang.

Bagaimanapun pada hari ini semasa pengadu berada di rumah, anaknya memberitahu ada pihak menularkan gambar pengadu di Facebook (FB) semasa sedang mengisi minyak. Sehubungan itu, pengadu menafikan apa yang ditularkan kerana pada ketika itu, dia mahu ke hospital selain berhenti kerana keretanya kehabisan minyak.

Turunkan foto itu

Menurutnya lagi, tujuan dia membuat laporan polis adalah supaya pihak yang menangkap gambar dan memuatnaik foto itu memadam foto berkenaan.

Hasil pemeriksaan juga mendapati stesen minyak berkenaan lokasi pertama dijumpai pengadu di dalam perjalanan menghala ke HAG.

Malah, difahamkan juga isteri dan anak turut menemaninya ke hospital, namun terpaksa berhenti seketika di stesen minyak tersbeut untuk mengisi minyak kenderaan mereka.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai tidak menularkan perkara yang tidak pasti dan sepatutnya menyalurkan maklumat kepada polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×