berita

Dituduh Makan Gaji Buta, Rajin Tak Bertempat, Guru Luah Dilema Mengajar Semasa PKP

April 3rd, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Ekoran lanjutan Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkenaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah membuat semua tugasan dari rumah termasuk menggunakan mana-mana platform dalam talian atau media sosial untuk memberi arahan, tugasan atau kerja rumah kepada murid.

Namun, ada sesetengah ibu bapa meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan guru yang dianggap membebankan pelajar dengan kerja sekolah. Selain itu, ada juga yang menuduh guru makan gaji buta apabila bekerja di rumah. Guru, Azri Said luah rasa dilema yang dihadapi guru-guru mengajar semasa PKP.

‘Jangan kata cikgu goyang kaki’

Parents nowadays. Gini je. Be positve. Win win situation. Kalau parents betul-betul tak mampu menyediakan internet dan segala kelengkapan untuk anak belajar online waktu PKP. Mohon contact guru-guru dan maklumkan. Bagi parents yang mampu pulak. Jangan dok kondem cikgu-cikgu yang kurang bagi latihan atau homework pada anak-anak.

Jangan kata cikgu goyang kaki makan gaji buta. Cikgu-cikgu berusaha semampu mugkin untuk pastikan anak-anak didik dapat dan terima apa sepatutnya mereka terima daripada guru. Iaitu Ilmu. Memang tugas guru-guru. Kami sedia maklum. Kami akur pada arahan KPM. Dan terpaksa juga berkompromi dengan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Guru dipersalahkan

Dan kami usahakan juga untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu ni. Beri juga mereka masa untuk dapatkan capaian Internet. Biar masa dan tempat menjadi cabaran. Jangan bagi tekanan pada mereka. Dan pelajar-pelajar pula jangan pandai menipu guru-guru kerana KEMALASAN anda. BERTIKTOK BOLEH. BERPUBG BOLEH BERMOBILELEGEND BOLEH. Tapi suruh bukak Google CLASSROOM. Suruh install zoom. Suruh download bahan dari WhatsApp semua tak boleh. Semua kata line tak kuat.

Anda fikir anda mampu menyembunyikan aktiviti anda dari guru-guru??? Kalau anda menipu guru-guru pun. Anda fikir keberkatan hidup anda boleh terjamin?? Guru nak sampaikan ilmu supaya anda menjadi insan yang boleh diguna pakai buat negara bangsa dan agama pada masa akan datang. Bukan menjadi insan yang tiada value.

Bila jadi kes macam ni. Guru-guru juga dipersalahkan. Ditolak ke kiri dan ke kanan. Bila guru kurang bagi kerja pada anak-anak. Guru dituduh makan gaji buta. Bila beri kerja pada anak-anak guru pula dituduh berikan tekanan. Jangan sampai sluruh guru di Malaysia ni menjadi tertekan pulak. Lumpuh sistem PENDIDIKAN negara kalau dah guru-guru jadi tertekan.

Sumber: Azri Said

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×