berita

Dituduh Perli Jaehyun NCT ‘Bebas’ Jerawat Sebab Pembedahan Plastik, Ini Penjelasan Iman Troye

April 26th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Nama penyanyi baharu iaitu Iman Troye kelihatan trending di laman Twitter dipercayai telah meninggalkan komen pada kenyataan melibatkan penyanyi Korea iaitu Jaehyun NCT. Tidak sangka komen Iman Troye pada foto penyanyi lelaki Korea itu undang kecaman netizen dan ini penjelasan penyanyi lagu Teman.

Kenyataan dari Iman Troye

Difahamkan, penyanyi lagu Teman ini telah meninggalkan komen pada ruangan posting yang dimuat naik oleh MStar mengenai pakar kulit memberi penjelasan terhadap rahsia wajah bersih tanpa jerawat Jaehyun NCT itu. Malah, Iman Troye dikatakan menyifatkan penyanyi dari Korea Selatan itu melakukan pembedahan plastik kerana kulit wajahnya kelihatan bersih tanpa sebarang jerawat. Malah, komen tersebut turut disertakan emoji sedih.

Kau ingat plastic surgery takkan tumbuh jerawat ke. Ya Allah…

Penjelasan Iman Troye

Sementara itu, Iman Troye telah tampil membuat penjelasan menerusi ciapan di laman Twitter. Penyanyi ini menjelaskan rata-rata netizen di Instagram meninggalkan komen mengenai pembedahan plastik membuatkan jerawat tidak tumbuh di ruangan posting tersebut. Oleh demikian, dia kelihatan cuba untuk ‘back-up’ Jaehyun dan sebagai peminat kumpulan NCT itu. Namun, malangnya komen tersebut telah disalah anggap oleh segelintir netizen.

Iman Troye turut memohon maaf sekiranya kenyataan tersebut telah membuatkan ramai netizen tidak berpuas hati.

Sumber: Iman Troye

SKIP THIS AD ×