Kecoh beberapa hari lalu apabila ibu kepada Amyra Rosli membuat kenyataan bahawa anaknya dan Dazrin tidak akan jadi berkahwin pada Jumaat (8 ogos) ini.
Artikel Berkaitan:
- Harap Semua Pihak Hormati Hal Peribadi Keluarga Kami – Dazrin & Amyra Rosli Tak Jadi Kahwin
- Mungkin Akan Ada Tarikh Lain – Dazrin Nafi Tak Jadi Kahwin Kerana Orang Ketiga
Kenyaataan itu seterusnya mengundang tanda tanya di kalangan peminat yang nyata terkejut dengan pengumuman itu, lantas menuduh pelakon cantik, Ramona Zamzam menjadi punca pasangan tersebut tidak jadi bernikah.
Peminat mendakwa bahawa foto mesra bersama Dazrin yang dimuat naik oleh Ramona di laman Instagramnya telah menyebabkan hubungan Dazrin dan Amyra berantakan.
Dazrin dan Amyra bertunang pada 25 Ogos tahun lalu
“Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini.
Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan.”
Itulah respon Ramona apabila ditemubual oleh mStar Online mengenai perkara ini. Bagaimanapun, Ramona mengakui bahawa dia juga terkejut dengan berita tersebut dan sudah mengagak bahawa namanya bakal dikaitkan.
“Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia.”
Nampaknya semua ini mungkin berpunca daripada salah faham sahaja kot. Tak baik tuduh Ramona macam tu tau. Apapun, kita doakan agar Dazrin dan Amyra bakal bersatu semula.
Kredit foto: Instagram Ramona Zamzam