Pelawak dan pelakon Achey berfikiran positif apabila dituduh melakukan perniagaan gula-gula disebabkan tidak lagi mempunyai sebarang tawaran dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Boleh Dikatakan Saya & Fad Kurang Mendapat Tawaran Selepas Arwah Abam Meninggal’ – Achey
Artikel Berkaitan: ‘Bila Anak Dah Tahu Pasal Solat, Kadang-Kadang Saya Perlu Zohor 8 Rakaat’ – Achey
Tak rajin tak dapat
Menurut Achey, dia percaya setiap rezeki yang datang adalah daripada Allah dan tidak terletak di tangan manusia. Tambahnya, setiap manusia akan merasai graf naik turun dalam kehidupan.
Bismillahh. Hidup ni mudah. Allah dah sediakan semuanya tinggal kita je usaha. Tak rajin tak dapat. Meniaga bukan siapa lebih popular tapi meniaga ni anda kena nikmati perjalanannya.
Graf naik graf turun kena rasa. Fasa ianya meletup orang semua bercakap dan akan kira pendapatan kita. Fasa ianya menurun tak semua nak ambil tahu. Oleh kerana kita nikmati perniagaan itu, naik seronok turun pun seronok kerana situasi itu bukan direka tapi telah ditetapkan Allah.
Rajin jangan putus asa. Teruskan apa yang kau suka yang penting halal.
Ujar Achey lagi, dia melakukan perniagaan tersebut kerana mahu mendidik anak perempuannya, Nur Tiara bagi menjalani kehidupan apabila dewasa.
Lagi satu sesuai untuk mendidik anak aku. Kita tunjukkan depan dia sentiasa betapa susahnya untuk medapatkan imbuhan demi keperluan kita.
Pembelajaran anak tentang kehidupan adalah apa yang kita lakukan seharian supaya Tiara terdidik dengan cara kamu nak? Kamu usahakan. Bukan saja perniagaan, kehidupan, keinginan, pendidikan tapi dalam agama juga.
Sumber: Achey