berita

Ajakan Seks Ditolak Sebab Penat Kerja, Lelaki Beristeri 2 Ugut Bunuh Anak-Anak

September 5th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara ajakan untuk melakukan hubungan intim ditolak si isteri, seorang lelaki di Tanjung Balai, wilayah Sumatera Utara, Indonesia tergamak mengugut mahu membunuh dua anak kandungnya.

Ugut bunuh anak

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tanjung Balai iaitu Asisten Komisioner Eri Prasetiyo, suspek yang memiliki dua isteri itu berang kerana si isteri enggan melayaninya kerana penat berniaga untuk mencari nafkah buat dua anak lelaki mereka.

Difahamkan, suspek, 46, mempunyai dua isteri dan mangsa merupakan isteri pertamanya. Suspek kemudian mengugut untuk membunuh mangsa sambil memegang sebilah pisau.

Awas kalau awak keluar dari bilik mandi, saya akan bunuh awak.

Mangsa yang ketakutan berjaya melarikan diri namun suspek bertindak memanggil pula dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 12 dan 14 tahun masuk ke rumah serta mengancam mereka.

Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek selepas menerima laporan daripada wanita terbabit.

Sumber: Medan Tribunnews

SKIP THIS AD ×