berita

Hutang Dipercayai Punca Wanita Dirogol Bergilir-Gilir 5 Rakan Abang Ipar

September 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

rogol

Gambar sekadar hiasan

Pihak polis mendapati punca seorang wanita dirogol secara bergilir-gilir pada Rabu lalu dipercayai kerana abang ipar mangsa mahu melangsaikan hutang.

Artikel Berkaitan: Wanita Nyenyak Tidur Diperkosa Bergilir-Gilir 5 Rakan Abang Ipar, Siap Rakam Adegan Rogol

Artikel Berkaitan: Pensyarah Sado Perkosa Pelajar Ketika Datang Haid

Pintu tak berkunci

Rogol Bergilir-Gilir

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah menjelaskan bahawa abang ipar mangsa berhutang dengan salah seorang suspek yang kini masih lagi bebas.

Difahamkan sebelum kejadian, lelaki berusia 29 tahun itu menghubungi mangsa dan memberitahu supaya tidak mengunci pintu rumah. Mangsa yang sedang tidur kemudian dirogol bergilir-gilir.

Abang ipar mangsa ditahan jam 9.30 malam Sabtu di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan direman enam hari hingga 8 September.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan)

Dalam pada itu, pihak polis memohon agar orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan untuk tampil memberikan kerjasama dengan mengubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, seorang wanita berusia 27 tahun telah diperkosa secara bergilir-gilir oleh lima orang lelaki di kediamannya di Wangsa Maju pada 30 Ogos lalu.

Suspek turut mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum bertindak merakam perbuatan terkutuk itu.

Susulan itu, abang ipar mangsa telah ditahan pada Sabtu dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×