berita

DJ Fly FM, Hunny Madu Kini Hamil

July 4th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tidak banyak maklumat mengenainya, namun berita baik buat para peminat Hunny Madu dan juga pendengar setia radio Fly FM. Dikhabarkan, kini Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana telah pun hamil selama 4 bulan.

Selepas 2 tahun berkahwin, akhirnya Hunny yang juga adik kepada dj radio, Hafiz, telahpun mendapat berita gembira ini namun masih belum dipastikan lagi samada ianya bayi lelaki atau perempuan. Hunny turut memberitahu bahawa dia dan suaminya, Khairul Azhar masih lagi belum memilih nama untuk bakal cahayamata mereka.

Tahniah kami ucapkan dari OHBULAN!

Sumber : MSN Entertainment Malaysia

SKIP THIS AD ×