Deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd dilihat semakin terbuka berkongsi mengenai hubungannya bersama pelakon jelita, Emma Maembong.
Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Mana Emma Maembong, DJ Kidd Selamba Jawab ‘Ada Dalam Hati’ – ‘Wah Sweet Lah Abang Ni’
‘Upload’ foto bersama Emma
Terbaharu, DJ Kidd menyorot perhatian apabila memuat naik foto bersama Emma yang berdiri di sebelahnya menerusi hantaran Instagram Story.
Selain Emma, terdapat dua orang lagi individu dipercayai rakan baik kepada mereka yang turut bergambar bersama.
Di ruangan kapsyen, DJ Kidd turut meluahkan rasa sayang terhadap ketiga-tiga individu tersebut termasuk Emma.
Love you guys.
Mesra layan anak Emma?
Bukan itu sahaja, DJ Kidd turut meraih perhatian apabila memuat naik video dirinya yang sedang mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak bongsu kepada Emma iaitu Shakil Aryan Shah.
Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat DJ Kidd yang sedang mendukung Shakil sedang memberi makan kepada seekor keldai di sebuah zoo.
Terdahulu, spekulasi melibatkan kisah percintaan DJ Kidd dan Emma mula timbul selepas lelaki itu meluahkan perasaannya secara terbuka pada Januari lalu.
Menurut DJ Kidd, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail kini berada di dalam hatinya.
Kemudian, timbul desas-desus mengatakan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay penceraian bersama bekas suami, Muhammad Shazli Azhar.
Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 sebelum mengumumkan penceraian pada 7 Oktober 2024.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Sumber: IG Story DJ Kidd