Penyampai radio, DJ Lin akui berasa kecewa kerana tidak dapat memperoleh kemenangan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: DJ Lin Berang Difitnah Sudah Meninggal Dunia – ‘Sangat Kurang Ajar! Bila Masa Saya Mati?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rezeki ‘Barkoba’ Melimpah Ruah, Bakal Dihadiahkan Sebuah Kereta Sempena Kemenangan ABPBH35
Sokongan padu daripada peminat
Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama sebenar Roslinda Abdul Majid ini tetap menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka walaupun dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan kemenangan tersebut.
Untuk ABPBH baru-baru ini saya bersama dengan team fanclub dan bersama peminat-peminat DJ Lin, kami dah buat yang terbaik dan mereka juga telah melaksanakan tugas mereka dengan baik sebab mengundi saya tanpa henti. Mereka update dan share setiap hari beritahu berapa undian, jadi saya saksikan sendiri.
Bila malam itu jawapannya tidak berpihak kepada Dj Lin, sejujurnya mewakili peminat saya rasa kehampaan apa yang mereka inginkan tak tercapai. Tetapi saya cuba tenangkan peminat-peminat saya bahawa kita kena percaya kepada rezeki, adat pertandingan ada kalah ada menang. Walau kita baik macam mana pun, walau kita hebat macam mana pun, bagus macam mana pun kalau Allah kata bukan rezeki kita, maka bukan rezeki kita.
Dalam pada itu, penyampai radio berusia 48 tahun tersebut tetap menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan peminat-peminat yang setia menyokongnya.
Jadi DJ Lin sangat reda dengan qada qadar Allah. Kami bukanlah duduk diam goyang kaki sepanjang proses (pengundian), tidak. Saya menyaksikan sendiri bertapa susah payahnya peminat-peminat bertungkus lumus mengundi. Saya sangat bersyukur, apa yang berlaku ada hikmah.
Saya tetap saya. Saya tak akan berubah, apa yang berlaku malam itu membuatkan saya sedar betapa peminat-peminat saya itu sangat setia kepada saya. Itulah tak boleh dibeli bahkan dibandingkan. Jadi itu yang membuatkan saya lebih bersemangat.
DJ Lin berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media SuriaVolusi di Uno Cafe & Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, DJ Lin turut terkejut apabila melihat respon dan penerimaan orang ramai terhadap dirinya yang semakin positif terutama di media sosial.
Apa yang saya nampak adalah follower saya bertambah dalam kalangan orang yang saya sendiri tak pernah kenal. Allah adil, ada yang dia tarik ada yang dia ambil.
Selepas diumumkan kalah, apabila saya berada di luar ternyata lebih ramai yang menegur saya dari sebelum ini. Tanpa peminat saya bukan siapa-siapa.
Terdahulu, Tyzo diumumkan sebagai pemenang trofi bagi kategori Penyampai Radio Popular ABPBH35, sekaligus merampas takhta DJ Lin sebagai pemenang yang sering mengungguli kategori tersebut.