berita

Django Unchained, Membunuh Demi Mendapatkan Kebebasan

August 24th, 2012 | by Ai
Hollywood

Filem arahan Quentin Tarantino, Django Unchained, mengisahkan tentang kehidupan seorang hamba bernama Django. Pada suatu hari, Django telah dijadikan sebagai hamba lelongan dan dia telah dibebaskan oleh seorang doktor gigi bernama Dr. King Schultz.

Dr. King Schultz telah membebaskan Django daripada pasangan adik beradik Spek dan menerusi pembebasan tersebut, Django telah diberi arahan untuk memburu dan membunuh pasangan adik beradik Brittle. Sebagai balasan, Schultz akan membebaskan Django daripada menjadi hamba selama-lamanya dan dengan pembebasan tersebut, Django dapat menyelamatkan isterinya, Broomhilda daripada tawanan pemilik ladang, Calvin Candie. Berjayakah Django membebaskan isterinya?

Filem Django Unchained ini akan ditayangkan pada 24 Januari 2013 di pawagam seluruh Malaysia. Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Jamie Foxx, Christoph Waltz, Leonardo DiCaprio, dan Kerry Washington.

Berikut merupakan sedutan filem Django Unchained. Jom layan!

SKIP THIS AD ×