berita

Doa Ebit Lew Jawab Teka-Teki, Intan Ladyana Sah Hamil – ‘Mudah-Mudahan Selamat Insya-Allah Kandungan’

September 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Desas-desus mengenai kehamilan pelakon Intan Ladyana, 39, mula menjadi bualan ramai orang selepas dia dilihat menutup bahagian perut dengan bantal dalam sebuah video.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Memang Teringin Nak Buat Wedding Macam Tu’ – Intan Ladyana, Harris Alif Sah Suami Isteri

Doa Ebit kantoikan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Terbaru, aktor dan pengacara Harris Alif, 22, memuat naik sebuah rakaman video di Instagram (IG) yang menunjukkan dia bersama pendakwah popular Ebit Lew.

Menginginkan doa untuk isteri tercinta, Ebit menitipkan kata-kata agar kebahagian rumah tangga pasangan tersebut kekal hingga ke akhir hayat.

Di samping itu, Ebit turut menyelit doa agar kandungan Intan dilindungi Allah serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Secara tak langsung, doa Ebit itu telah menjawab teka-teki mengenai berita kehamilan pemilik nama Intan Nurladyana Mohamat Yahaya.

Semoga Harris dan Intan sentiasa bahagia sampai bila-bila, mati pun tak dapat dipisahkan sampai ke syurga Firdaus. Mudah-mudahan selamat insya-Allah kandungan anak soleh solehah, zuriat sampai kiamat dan berbuat kebaikan atas dunia ini. Insya-Allah.. Allah sayang.

Penuh ucapan tahniah

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan juga rakan-rakan artis. Rata-ratanya meninggalkan ucapan tahniah serta mendoakan agar urusan Intan dan Harris dipermudahkan Allah.

Terdahulu, Harris memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan khabar angin tentang kehamilan Intan.

Untuk rekod, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Perkahwinan pasangan selebriti itu menjadi perbualan netizen disebabkan jurang usia mereka iaitu 17 tahun.

 

Sumber: Instagram @harrisalif

SKIP THIS AD ×