berita

Doakan Kebahagiaan Kami – Rozita Che Wan

January 22nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-01-22 at 1.47.25 PMBeberapa hari yang lepas, Zain Saidin telah mengesahkan bahawa dia bakal mengahwini selebriti jelita, Rozita Che Wan. Namun, ramai yang masih membuat andaian bahawa itu hanyalah sekadar ‘propa’ dari Zain.

Hari ini, menerusi sebuah tabloid tempatan, Rozita yang ditemubual tidak menolak kenyataan Zain, tetapi hanya menjelaskan hubungan mereka sudah sampai ke tahap serius. Walau bagaimana pun, Rozita menafikan dakwaan mengatakan dia dan Zain sudah pun bertunang.

“Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya.”

Selebriti berusia 41 tahun ini juga berharap agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaannya dan tidak menolak jika jodoh berpihak kepada dirinya dan Zain.

“Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami.”

Sumber : Utusan Malaysia

 

SKIP THIS AD ×