Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul bekas isterinya, Ayu Shahira di Kota Damansara, pada Selasa lalu.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Ditahan Pukul Bekas Isteri
Semoga Allah pelihara
Radhi, 45, yang mengenakan baju kurta berwarna biru gelap kelihatan tenang ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.
Ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Radhi atau nama sebenar Mohd. Radhi Razali berkata dia menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada pihak berkuasa.
Alhamdulillah.. Doakan kekuatan saya. Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan tugas.
Insya-Allah, semoga Allah pelihara keselamatan saya. Amin.
Mahkamah membenarkan ikat jamin berjumlah RM2,500 ringgit dengan seorang penjamin dan meletakkan syarat tidak mengganggu bekas isteri.
Sebutan kes 13 Julai
Sementara itu, peguam yang mewakili Radhi, Haziq Aizuddin Subhi berkata, sesi hari ini merupakan satu pengurusan kes dakwaan dan vokalis juga telah diikat jamin.
Serahan dokumen masih belum diterima dan kita akan tunggu pada 13 Julai ini. Setakat ini kami tidak boleh beri komen lanjut.
Terdahulu, Radhi direman selama dua hari bermula 20 April bagi membantu siasatan melibatkan kes keganasan rumah tangga.
Dia ditahan di kediamannya pada 19 April selepas dipercayai bertindak kasar dengan Ayu Shahira di Kota Damansara.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika Radhi mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah di Kota Damansara.
Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham gara-gara mangsa enggan mengambil gambar bersama suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017, jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Untuk rekod, Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 namun bercerai pada 16 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Aisyah dan Muhammad yang kini masing-masing berusia tujuh dan enam tahun.