Tindakan pendakwah bebas iaitu PU Abu Sufyan memuatnaik video menari TikTok di laman Instagram telah mengundang perhatian pengikutnya. Ada segelintir menyifatkan video menari itu tidak sepatutnya dimuatnaik kerana imejnya sebagai seorang pendakwah.
Malah, ada juga segelintir netizen mengambil peluang ini untuk ‘menyerang’ PU Abu dengan bertanyakan punca bercerai bersama bekas isteri. Kali ini PU Abu tidak hanya berdiam diri, dia turut meninggalka respon kepada kritikan netizen itu.
Buat suka-suka je
https://www.instagram.com/p/B-weEQDpGbh/
Menerusi kapsyen yang dimuatnaik PU Abu Sufyan berhasrat menyeru saranan Menteri Pengajian Tinggi menggunakan aplikasi TikTok. Malah, dia juga mengajak orang ramai untuk menggunakan aplikasi itu. Tidak dinafikan, aplikasi TikTok dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim selain mengasah daya kreativiti kita semua.
Gara-gara menari dan video TikTok ini dimuatnaik di media sosial, PU Abu sekali lagi ‘diserang’ netizen. Pelbagai soalan dan teguran diajukan sehinggakan PU Abu sendiri menjawabnya.
‘Kenapa bercerai juga dengan Hana?’
Antara soalan yang dikemukan netizen dalam ruangan PU Abu ialah mengenai alasan Pencetus Ummah itu bercerai dengan bekas isterinya. Tindakan tersebut turut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan belia yang belum berkahwin lagi. Ada segelintir netizen menyifatkan PU Abu seorang yang ‘gatal’.
PU Abu tidak mengulas panjang mengenai perkara tersebut. Dia hanya respon dengan mengharapkan supaya ‘penyakit gatal’ itu cepat hilang.
Doakan saya sempat bertaubat ye
Bukan hanya itu sahaja, PU Abu juga ditegur netizen gara-gara menari di TikTok sedangkan seluruh dunia kini berdepan dengan Covid-19. Netizen juga menegur untuk video menari di TikTok perlu disimpan sebagai peribadi dan tidak perlu dimuatnaik di media sosial. Tindak tanduk demikian tidak menunjukkan imej sebagai seorang ustaz.
PU Abu hanya meninggalkan respon ringkas dan mengharapkan netizen mendoakan supaya dia sempat bertaubat. Malah, ada netizen yang tampil menjelaskan status PU Abu bukan seorang ustaz tetapi hanya pendakwah bebas.
Lepas ni saya post gambar tengah tahajjud ye
PU Abu turut menekankan statusnya bukan seorang ustaz sepertimana yang dianggap oleh masyarakat. Perkara ini sudah berkali ditegasnya sebelum ini.
Pendakwah bebas itu tegas menjelaskan video menari TikTok itu dimuatnaik hanya kerana suka-suka sahaja. Situasi ini mula rancak apabila PU Abu dikatakan ‘melayan’ kritikan netizen terhadap video TikTok yang dimuatnaiknya itu.
Sumber: Abu Sufyan