berita

Doktor Curi Sembilan Dos Vaksin Covid-19 Untuk Diberi Kepada Keluarga, Rakan

January 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang doktor berjaya ditangkap oleh pihak polis setelah dituduh mencuri sembilan dos vaksin Covid-19 dari sebuah pusat vaksinasi di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan: Kilang Vaksin Covid-19 Terbesar Dunia Terbakar, 5 Orang Dilaporkan Maut

Menurut laporan Mirror, doktor yang dikenali sebagai Hasan Gokal itu dikhabarkan melakukan pencurian vaksin tersebut untuk diberikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Cerita kepada rakan sekerja

Foto: Mirror

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Daerah, Harris County Kim Ogg, mendakwa Hasan Gokal mencuri vaksin tersebut di pusat Kesihatan Awam Harris County di mana tempat dia bekerja pada 29 Disember lalu.

Menerusi kes tersebut juga, pendakwa turut menceritakan mengenai kejadian yang berlaku. Jelas pendakwa, seminggu selepas Dr Hasan mencuri vaksin tersebut, dia memberitahu rakan sekerjanya mengenai perbuatan yang telah dilakukan itu.

Susulan daripada itu, rakan sekerjanya telah mengadu dan memberitahu pengurus besar mereka mengenai kecurian yang telah dilakukan oleh Dr Hasan tersebut. Pada hari itu juga, Dr Hasan telah dipecat serta merta dari tempat kerjanya.

Sumber: Mirror

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×