Pantang larang dan petua nenek moyang sering kali diamalkan sebagai ikhtiar atau alternatif selain perubatan moden ketika berdepan masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, selalunya pantang larang dan petua ini tidak mempunyai bukti saintifik. Ia hanya diamalkan kerana menjadi ikut-ikutan.
Menerusi Twitter Dr. Izzat berkongsi informasi berkenaan warna kulit anak yang dilahirkan tidak dipengaruhi oleh sumber makanan yang diambil. Hal ini kerana terdapat pantang larang orang dulu-dulu yang mengatakan ibu mengandung tidak dibenarkan memakan kicap agar warna kulit anak tidak gelap.
Jangan makan banyak sangat kicap
Sering kali kita dengar bahawa pantang larang tidak membenarkan ibu mengandung memakan kicap agar anak yang bakal dilahirkannya itu tidak berkulit gelap. Sejauh mana kesahihan mitos itu?
Air soya boleh, kicap tak boleh
Namun, ibu mengandung digalakkan untuk meminum soya agar kulit bayi cerah. Padahal kedua jenis makanan tersebut berasal dari sumber yang sama iaitu dari kacang soya. Tetapi makan kicap tak boleh, minum soya boleh. Pening!
Makanan di serap ke badan bukan kulit
Kulit gelap disebabkan kompaun melanin
Makanan tak mempengaruhi warna kulit
Sumber: Dr. Izzat