Seorang doktor didapati bersalah melakukan kesalahan seksual terhadap seorang wanita dengan cara meletakkan air maninya di dalam air kopi wanita tersebut.
Artikel Berkaitan: Dermatologis Kantoi Masukkan Racun Dalam Minuman Suami, Dakwa Mahu Bunuh Semut
Hanya disedari mangsa selepas setahun
Memetik laporan portal Daily Star, suspek yang dikenali sebagai Dr. Nicholas Chapman, 55, didakwa mengisi ratusan sampel ‘spesimen’ dan dituduh memasukkannya ke dalam minuman panas mangsanya itu beberapa kali dalam tempoh setahun.
Namun begitu, perbuatannya itu hanya disedari mangsa setahun kemudian selepas berasakan kopi yang dihirupnya sedikit ‘masin’ serta perasan perubahan warna pada minumannya.
Mangsa kemudiannya menemui koleksi ‘spesimen’ milik suspek dan membawanya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan sebelum mendapati minumannya itu mengandungi spesimen air mani.
Chapman yang berasal dari Taunton, Somerset, didapati bersalah di atas pertuduhan melakukan aktiviti seksual tanpa kebenaran dengan cara membuat mangsa ‘menelan air maninya’ pada 13 September 2021.
Namun begitu, mahkamah mendapati Chapman tidak bersalah di atas pertuduhan kedua bagi pertuduhan yang sama di mana dia didakwa melakukan perbuatan yang sama di antara 12 September 2020 hingga 12 September 2021.
Beri alasan ‘terpancut’ waktu buang air besar
Dalam pada itu, Chapman mendedahkan bahawa dia akan beronani di tempat kerjanya bukanlah untuk kepuasan atau keseronokan untuk mengumpul sampel bagi mengkaji keadaan yang dialaminya sejak berusia 16 tahun.
Chapman mendakwa dirinya akan secara sengaja mengeluarkan air mani setiap kali membuang air besar.
Susulan itu, dia telah melakukan perbuatannya itu di pejabatnya hampir setiap hari sejak tahun 2013.
Walau bagaimanapun, pihak mahkamah membebaskan Chapman dengan ikat jamin bersyarat dan hukuman ke atasnya ditangguhkan sehingga 6 Julai ini.
Sumber: Daily Star