Seorang wanita di Amerika Syarikat dihadapkan ke mahkamah selepas dituduh memasukkan cecair bahan kimia ke dalam minuman suaminya.
Artikel Berkaitan: Warga Emas Maut, Suami Masuk ICU Lepas Makan Ikan Buntal Goreng
Artikel Berkaitan: Terlanjur Dengan Adik Ipar Sampai Hamil, Suami Racun Isteri Sebab Tak Diizinkan Kahwin Lain
Alami kecederaan organ dalaman
Memetik laporan Mirror, Yue ‘Emily’ Yu yang juga merupakan seorang dermatologis berdepan dengan tiga pertuduhan jenayah meracun dan satu pertuduhan keganasan rumah tangga selepas dia disyaki memasukkan bahan pembersih rumah ke dalam minuman suaminya, Dr. Jack Chen.
Difahamkan, Jack yang mengalami kecederaan pada organ dalamannya bertindak memasang kamera tersembunyi selepas bimbang dia diracuni oleh isterinya.
Jack kemudiannya mendapati bahawa isterinya telah memasukkan cecair bahan kimia ke dalam minumannya selepas melihat kepada rakaman kamera tersebut.
Nak bunuh semut
Gambar sekadar hiasan
Ketika dibicarakan di mahkamah, peguam yang mewakili Yue mendakwa bahawa anak guamnya itu dipercayai membuat demikian adalah kerana ingin membunuh semut yang terdapat di dalam minuman, dan bukanlah ingin membunuh suaminya.
Pendakwa raya membuat kenyataan seolah-olah rakaman kamera Yue adalah bukti konklusif.
Tetapi, realitinya dia hanya cuba menarik semut ke dalam cawan minuman itu agar serangga tersebut dapat dibunuh.
Yue kemudiannya mengaku tidak bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan ke atasnya.
Dalam pada itu, Jack mendakwa cecair bahan kimia yang dimasukkan Yue ke dalam minumannya berjaya dirakam sebanyak tiga kali.
Saya mempunyai video Yue sedang memasukkan cecair Drano yang diambil dari bawah sinki dapur kami, dan bertindak menuangnya ke dalam air limau.
Jack kemudiannya menghantar sampel minuman itu kepada pihak pendakwaraya dan mendapati bahawa minuman itu mengandungi cecait bahan kimia yang sama digunakan Yue.
Sekiranya didapati bersalah, Yue bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lapan tahun kerana meracuni suaminya dengan mengguna cecair bahan kimia pembersih rumah.
Sumber: Mirror