berita

Doktor Ini Mengaku Dah 5 Tahun Tak Mandi, Isteri Pun Suka Bau Badannya Yang ‘Fresh’

January 21st, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang doktor di Amerika Syarikat, James Hamblin mengaku sudah lima tahun tak mandi! Pendedahan Hamblin menerusi wawancara bersama BBC Science Focus pada Ogos tahun lalu ini mengejutkan orang. Eh, takkan lah doktor pun tak mandi?

Sudah terbiasa tak mandi

Sekadar gambar hiasan

Menurut Hamblin, jika dikira, manusia menghabiskan masa selama dua tahun untuk mandi. Banyak waktu dan juga wang dan air yang terbuang. Beliau juga menyatakan yang beliau merasa baik sahaja walaupun tidak mandi selama 5 tahun.

Jadi terbiasa. Rasanya biasa saja

Walaubagaimanapun Hamblin tetap menekankan kepentingan mencuci tangan dengan sabun dan juga menggosok gigi, beliau percaya bahawa kebersihan bahagian tubuh lain tidak perlu dilakukan secara rutin.

Eksperimen dengan sabun

Sekadar gambar hiasan

Menurut beliau, keputusan untuk berhenti mandi bermula dengan satu eksperimen yang melibatkan sabun. Beliau berkata bahawa walaupun tidak menggunakan sabun dan deodoran, badan beliau tidak berbau dan sudah terbiasa dengan rutin sebegini. Selain itu, kulit juga tidak berminyak.

Banyak orang menggunakan shampoo untuk menghilangkan minyak dari rambut dan kemudian menggunakan conditioner. Bila langkah itu tidak lagi dilakukan, rambut akan tetap terlihat seperti sebelum anda menggunakan produk-produk itu

Namun doktor muda ini menyatakan bahawa proses berhenti mandi perlu dilakukan secara bertahap. Ia dimulai dengan mengurangkan penggunaan sabun, shampoo dan deodoran dan kurangkan mandi. Ia dimulai dengan mandi setiap tiga hari lalu berhenti terus.

Ditanya jika adakah badannya sebenarnya berbau tapi orang ramai segan untuk memberitahu, Hamblin menafikannya kerana tiada reaksi kurang senang daripada rakan-rakan setakat ini. Tambah Hamblin, isterinya gemar akan bau badannya yang sudah lama tak mandi! Fresh katanya.

Jadi adakah langkah tidak mandi boleh dicuba?

Foto: BBC News Indonesia

Hamblin turut ditanya jika perlakuannya ini boleh dicuba oleh orang ramai. Ini jawapannya.

Namun bagi mereka yang mempunyai masalah kulit atau ingin mencuba, saya boleh cadangkan untuk mula dengan perlahan dan bertahap sampai anda merasa selesa.

Contohnya, kurangkan shampoo sebagai langkah awal, atau pakai deodoran yang lebih ringan. Beliau mencadangkan untuk mula dengan mandi lebih cepat dan jangan kerap mandi. Jika mandi, kurangkan penggunaan sabun. Hamblin mendakwa penggunaan sabun dan bahan cucian mandi akan merosakkan ekosistem.

Sumber: BBC News Indonesia

SKIP THIS AD ×