Setiap orang pasti menginginkan tubuh badan yang sentiasa sihat dan dijauhi daripada penyakit berbahaya. Namun, sikap tidak mahu mengamalkan gaya hidup sihat antara salah satu punca anda menghidapi sesuatu penyakit.
Jangan fikir tubuh badan yang masih muda akan terus sihat sampai ke hari tua ya! Jadi, bagi anda yang nak sihat dan dijauhi daripada ‘penyakit zaman moden’ boleh ikuti perkongsian tips daripada Dr Imelda Balchin.
Apa yang perlu anda lakukan?
Pantang yang TERBAIK supaya tak sakit bila tua. Insyallah.
1. Jangan tambah gula ke dalam makanan atau minuman melebihi 6 sudu kecil sehari (Amaran. Milo kosong sudah ada tambahan 3 sudu kecil gula secawan. Baca kandungan gula apa saja yang anda beli. Sebagai panduan, 1 sudu kecil ialah 4.5g gula).
2. Jangan tambah garam ke dalam makanan melebihi 1 sudu kecil sehari. Garam yang lebih baik ialah garam yang mengandungi Iodin. Semua makanan ‘real food’ kita sudah ada garam semulajadi walaupun anda tak rasa masin.
3. Jangan makan makanan berproses (fast food, biskut-biskut, jajan).
4. Jangan makan makanan bergoreng. Lebih baik panggang, grill, kukus, rebus, bakar.
5. Elakkan perisa ajinomoto/MSG pengawet-pengawet. Lebih baik tambah bawang merah, bawang putih, lada hitam, lemon, halia atau kunyit untuk melazatkan rasa makanan anda tanpa tambahan perisa.
6. Jangan makan berlebihan. Had kan nasi kepada suku pinggan. Kalau tak kenyang juga tambah banyak ulam, sayur-sayuran dan sup-sup.
7. Jangan makan tak seimbang. Makan juga sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari (Bukan buah yang di tambah syrup/gula dalam tin yaaaaaa!). Serat sayur dan buah sangat penting untuk kesihatan usus, melindungi anda dari sembelit dan barah usus.
8. Jangan minum air bergas. Tak payah juga minum air alkali. Membazir duit.
‘Air terbaik adalah air kosong bersih’
9. Jangan minum air tin/botol/kotak yang ada gula tambahan. Baca kandungan gula yang ditambah. Teh tarik tak payah laaa – itu dah lebih dari 6 sudu gula.
10. Jangan beli sendiri-sendiri produk kesihatan yang menunjukkan iklan haram yang boleh menyembuhkan penyakit kronik.
11. Jangan beli ubat sendiri tanpa berbincang dengan doktor anda, terutama sekali jangan beli produk kesihatan atau ubat tidak berdaftar. Tak payah beli apa-apa produk kesihatan yang hanya ada testimoni – tak payah baca pun apa-apa testimoni. Hierarchy ilmu yang paling rendah!
12. Jangan minum arak, Jangan merokok, Jangan hisap dadah, Jangan hisap ganja, Jangan minum air ketum.
13. Tendang orang yang merokok di dalam rumah anda keluar dari rumah. Kalau dia masuk balik dan merokok di hadapan anda, hambat keluaq dengan penyapu.
14. Jangan catu air. Minum secukupnya sekurang-kurangnya 2L sehari. Air terbaik ialah air kosong bersih.
15. Jangan biarkan badan anda jadi obese. Timbang berat anda dan buatlah target BMI dibawah 25 selagi boleh (di antara 22-23 lebih baik, tapi 25 pun jadi lah, jangan bagi badan naik sampai 27)
16. Jangan malas-malas. Bersenam 150 minit seminggu. Orang lepas bersalin boleh mulakan dengan senaman KEGEL, stretching, plank, dan berjalan-jalan. Tingkatkan usaha perlahan-lahan mengikut kemampuan dan keupayaan badan anda. Nak ketat-ketat, takmau peranakan jatuh, buatlah senaman Kegel sampai mati, bukan telan jamu. JANGAN JADI UBI KERUSI PANJANG.
Ia untuk mencegah penyakit zaman moden
Adat lama berpantang lepas bersalin zaman dulu-dulu tu, tak boleh laaa menandingi pantang-larang doktor-doktor perubatan moden yang bertujuan mencegah penyakit zaman moden, iaitu: obesiti, diabetes, hypertension, penyakit jantung, strok dan cancer.
Saya tidak akan kecam anda kalau tak mau ikut nasihat yang terbaik, saya tak akan kata anda akan sakit bila umur 40 tahun jika tak ikut nasihat, sebab saya bukan pembuli masyarakat, dan tak boleh menilik nasib orang lain.
Kalau nak ikut pantang yang terbaik ini, buatlah seumur hidup, bukan takat 44 hari saja.
Nasihat ikhlas daripada Prof Dr Imelda Balchin, yang tak menjual apa-apa produk, tak ada agenda big pharma, dan tak ada apa-apa kepentingan diri sendiri.
Sumber: Dr Imelda Balchin