berita

Doktor Kongsi Punca & Cara Atasi Rasa Pening Selepas Makan Durian

July 15th, 2020 | by AnisAffandi
Kesihatan & Hidup Aktif

Bagi mereka yang ada masalah angin, pasti selepas makan durian anda akan berasa mual dan pening melayang. Ini disebabkan oleh asid amino tyramine yang tinggi di dalam buah durian.

Menurut seorang doktor, jika anda menjaga kesihatan perut anda dengan betul, pasti tiada masalah buat anda untuk makan buah durian sebanyak mungkin yang anda ingin.

Kemungkinan boleh mati

Durian tiada kolesterol. Yillek. Zero kolesterol. Kolesterol wujud dalam haiwan, bukan tumbuhan. Malah durian sangat rendah lemak tepu (0.85g) per 100g durian. Malah durian tinggi lemak mono taktepu yang bagus untuk kesihatan jantung dan salur darah. Tapi..Kenapa pening, tekanan darah naik lepas makan durian? Sebenarnya, puncanya mungkin kerana durian tinggi asid amino tyramine. Biasanya orang ada masalah sistem pencernaan @ “angin” akan akan mengalami masalah tak serasi tyramine ni:

– Pengecutan salur darah ( mampu cetus migrain)
– Pening melayang ( risiko cetus vertigo)
– Tekanan darah meningkat (hypertension)
– Jantung berdegup kencang (palpitation)
– Kemungkinan perut tak selesa (gastrik)
– Kembung ( angin SIBO)
– Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)

Selain tyramine, durian tinggi sulfur jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur. Risiko sama alergi lain, boleh jadi semput, bengkak mata dan pengsan. Mati? boleh jadi.

Melalui perkongsian oleh doktor yang dikenali sebagai Hafiz Sulaiman, durian tidak mempunyai kolestrol dan merupakan buah yang rendah lemak tepu dan lemak tak tepu dalam durian juga bagus untuk kesihatan.

Mereka yang ada masalah sistem pencernaan pasti akan mengalami masalah pengecutan salur darah, hypertension, palpitation, gastrik, SIBO dan paling menakutkan ianya juga boleh menyebabkan kematian.

Hanya perlu pulih badan

Senang cerita, semua ini berlaku jika ada angin. Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat! Jadi orang ada masalah angin jangan combo pulak makan durian dengan makanan streskan perut ini. Kafein dan teobromine: Kopi, teh, coklat, Cola (coke,pepsi), alkohol (Histamine, tyramine), seafood bercengkerang (Histamine), cili, peram (tempoyak lah).

Solusinya:
1: Pulihkan Perut dengan rehatkan dulu makanan pencetus seperti makanan di atas.
2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, antioksida dan antikeradangan.
3: Kembalikan cara hidup fitrah untuk bantu pemulihan badan. Pilih makanan toyyib, tidur awal dan aktifkan diri di waktu siang.

Bagi yang mengalami masalah angin ini, anda perlu tahu makanan seperti kafein dan teobromine, alkohol, seafood bercengkerang dan cili, peram tidak dibenarkan untuk makan bersama durian.

Anda perlu pulihkan perut dengan merehatkannya terlebih dulu dan perlu mengamalkan pemakanan sihat yang mengandungi vitamin C, antioksida dan antikeradangan untuk anda menikmati durian tanpa rasa sakit yang melampau.

Sumber : Hafiz Sulaiman

SKIP THIS AD ×