Penyanyi lagu Ku Ada Kamu, Adira selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.1 kg secara pembedahan di pusat perubatan di Sungai Buloh pagi tadi. Sebuah foto yang dimuat naik penyanyi ini di laman Instagram dengan kapsyen ringkas “Alhamdulillah…” telah dihujani ucapan tahniah atas kelahiran anak lelaki bagi pasangan Adira dan suami, Datuk red.
Tetapi doktor perubatan ini menasihati agar Adira untuk berehat daripada hamil lagi dan ini kerana…
Alhamdulillah…
https://www.instagram.com/p/BnfkUt2Ft9g/?taken-by=adira.suhaimi
Menurut laporan Metro, Datuk Red menjangkakan isterinya itu akan bersalin bersalin awal seminggu daripada tarikh jangkaan doktor.
Adira dimasukkan hospital 8 pagi tadi. Selepas menjalani pemeriksaan, sudah terdapat bukaan. Namun, doktor memaklumkan perlu menjalani pembedahan kerana anak dalam kandungan besar.
Doktor tidak mahu mengambil sebarang risiko. Tambahan pula, Adira bertubuh kecil. Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk melalui proses pembedahan sekali lagi.
Berehat dahulu
Apa yang penting, semuanya berjalan lancar. Isteri dan anak dalam keadaan sihat. InsyaAllah, Adira akan berada di hospital dalam dua atau tiga hari lagi.
Memandangkan anak pertama dan kedua dilahirkan secara pembedahan, jadi doktor menasihat agar berehat dulu. Lagi pun, Adira masih muda. Insya Allah, kalau ada rezeki tidak ke mana.
Doktor perubatan menasihati Datuk Red untuk isterinya itu berehat daripada hamil. Ini kerana Adira sudah pun bersalin dua kali menggunakan kaedah pembedahan. Apapun, admin ucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata lelaki ini buat pasangan Adira dan Datuk Red.