berita

Doktor Saran Turunkan Berat Badan Demi Kesihatan, Sherry Hilang 11 Kg

April 9th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Terbaru, Sherry Al-Hadad gemar berkongsi foto dan video aktiviti hariannya di gimnasium. Kelihatan antara video yang dikongsi menyaksikan dia begitu bersemangat work out. Tapi kenapa dia tiba-tiba nak kuruskan badan pula ini?

Malah, dia berkongsi niat sebenar menurunkan berat badan bukan kerana untuk kurus tapi atas faktor kesihatan. Doktor juga menasihatinya untuk menurunkan berat badan dalam tempoh 3 tahun.

Dalam tempoh 3 tahun

https://www.instagram.com/p/BgxS7lABPH-/?hl=en&taken-by=sherry_alhadad

Menurut Sinar Online, doktor pernah memberi amaran dan mengingatkannya untuk menurunkan berat badan dalam tempoh tiga tahun atau dia mungkin berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit. Malah, dia juga tergerak hati untuk mengubah gaya hidup dan memulakan program menurunkan berat badan sejak awal tahun lagi.

Berjaya turunkan 11 kg

https://www.instagram.com/p/BgPuDsvBe61/?hl=en&taken-by=sherry_alhadad

Alhamdulillah dalam tempoh tiga bulan saya berjaya menurunkan berat sebanyak 11 kilogram (kg). Walaupun penurunan tidak begitu drastik, tapi saya berpuas hati dengan jumlah penurunan tersebut.

Dia turut menjaga pemakanan yang sihat untuk kekal cergas dan sihat. Malah, dia sebelum ini mempunyai berat 119 kg dan terkini 108 kg. Bagaimanapun, dia menyasarkan berat 100 kg dalam tempoh dua bulan lagi.

Pada mulanya memang susah

https://www.instagram.com/p/Bf7OS8LB_wo/?hl=en&taken-by=sherry_alhadad

Bukan senang tau nak turunkan berat badan, bermacam makanan kegemaran terpaksa dielakkan. Bahkan terpaksa meluangkan masa di pusat kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Cheat day hari ditunggu

Saya adalah manusia yang sangat menyukai coklat. Bagilah apa sahaja jenis coklat. Jadi bila tak boleh makan coklat pada awalnya memang agak sukar. Tapi saya tetapkan hari Ahad sebagai ‘cheat day’. Jadi, hari itu saya boleh makan apa sahaja yang teringin tetapi bukanlah secara melampau.

Credit: Sinar Online

SKIP THIS AD ×