berita

Doktor Selar Isu Ubat Peninggi Elfira Loy Mohon Maaf, Lihat Apa Kata Netizen

April 28th, 2018 | by faris
Kini Trending

Elfira Loy dikecam hebat netizen apabila mempertahankan ubat peninggi dan mendakwa makanan tambahan itu berkesan kepada dirinya. Perkara itu bercanggah dengan nasihat doktor di Twitter yang mempunyai penjelasan saintifik sendiri mengenai pertumbuhan manusia.

Artikel berkaitan: ‘Sumpah Demi Allah, I’ve Tried’ – Elfira Loy Tampil Pertahan Ubat Peninggi, Jijik Dengan Pihak Acah Pandai

Enggan mengalah, Elfira dilihat cuba mempertahankan pendiriannya dengan beberapa pos status Twitter dengan pihak yang tidak bersetuju dengannya termasuklah golongan doktor di laman sosial itu.

‘Ada doktor cakap saya sekadar back up’

Ketika ditemubual program hiburan hLive, pelakon Qalesya itu membuat kenyataan mengatakan isu berkenaan menjadi besar apabila seorang doktor mendakwa dia bercakap mengenai produk peninggi itu sekadar untuk mempertahankan rakan artis.

Terangnya lagi, apabila netizen melabel artis yang mempromosikan produk itu sebagai bodoh, keadaan itu membuatnya marah. Jadi sebagai pengguna yang pernah mengambil produk berkenaan, dia memberi testimoni mengenai pengalamannya sendiri.

Dr Beni minta maaf pada semua

Apabila ditag pada satu pos, doktor yang dimaksudkan Elfira dalam video itu, Dr Beni Rusani dengan rendah hati memohon maaf sekiranya dia terkasar dan mengguris hati mana-mana pihak tentang isu itu.

Makin jelas kurang pengetahuan asas sains


Apa salahnya cakap no comment?

Dr Amalina Bakri tampil pertahan Dr Beni

Dr Amalina Bakri kemudiannya mempertahankan tindakan rakan profesionnya itu dan mengatakan apa yang dibuat Dr Beni adalah berdasarkan kajian saintifik dan mendidik rakyat dalam masa yang sama. Ujarnya, apalah guna ada doktor jika rakyat marhaen tidak mahu akur pada pandangan mereka mengenai ilmu perubatan?

Netizen turut setuju

Sumber: Dr Beni Rusani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×