berita

‘Doktor Syak Demam Denggi Tapi Sekali Check Rupanya..’ – Pemuda Cerita Pengalaman Terseksa Dijangkiti Covid-19

May 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Saban hari peningkatan jumlah bilangan pesakit positif Covid-19 semakin membimbangkan apabila angka harian hampir cecah 4 ribu kes sehari. Penularan wabak ini bukan suatu yang boleh diambil remeh kerana ianya mampu membuatkan pesakit tidak terdaya dan alami kesukaran untuk bernafas.

Seperti perkongsian dari pengguna Twitter iaitu Hasyir Husam yang turut mengalami pengalaman sebagai pesakit positif Covid-19. Pada awalnya, dia terasa seperti nak demam dan apabila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan, doktor syak dia mungkin terkena demam denggi. Namun, sebaliknya pula yang berlaku…

Mula rasa nak demam

Perkongsian kisah dari pengalaman Hasyir Husam ini telah mendapat lebih 3.9 ribu tanda Retweet dan rata-rata pengguna media sosial yang lain turut berkongsi pengalaman mereka pernah dijangkiti wabak ini.

Menurut Hasyir Husam, selepas bangun pagi selepas waktu bersahur badannya mula rasa seperti nak demam dan turut alami kesukaran untuk bernafas seperti biasa.

Doktor syak kena denggi

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk merehatkan diri sebentar. Malangnya, kondisi badan dia makin tidak selesa sehingga membuatkan pemuda ini mengambil keputusan untuk ke hospital. Pada awalnya, doktor mensyaki dia mengalami demam denggi dan doktor menyaran untuk dia melakukan ujian darah terlebih dahulu.

Namun bagaimanapun, keputusan ujian denggi menyatakan negatif dan doktor menyarankan dia melakukan ujian saringan Covid-19 pula. Malangnya, pemuda ini disahkan positif Covid-19 apabila pihak hospital menelefon dan memaklumkan perkara tersebut.

Kuarantin kendiri di rumah

Kemudian, dia diminta ke Stadium Melawati selepas diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di sana, dia perlu menunggu giliran untuk dipakaikan gelang kuarantin dan perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Benar-benar melemahkan tubuh

Susulan itu, pemuda ini juga tidak pasti dari mana punca dia boleh menghidap penyakit ini. Bagaimanapun, dia reda untuk hadapi ujian ini. Kini, baru dia mengerti penderitaan yang dialami orang lain yang pernah disahkan positif Covid-19.

Kesan daripada jangkitan tersebut, badannya menjadi lemah tidak terdaya, tekak pula menjadi pedih. Selain, tidur tidak selesa dan cepat letih walaupun sedang makan.

Patutlah dengan SOP

Pemuda ini bagaimanapun mengingati orang ramai supaya mengikut SOP sepertimana disarankan pihak KKM sebelum ini dengan memakai pelitup muka dan kerap cuci tangan.

Sumber: Hasyir Husam

SKIP THIS AD ×