berita

Doom Dada Single Terbaru Dari TOP

November 21st, 2013 | by Ai
Kini Trending

top

Anda setuju tak kalau kami cakap kumpulan Big Bang ni awesome? Lihat saja kejayaan yang dikecapi oleh ahli kumpulan mereka, nak dikatakan hampir kesemua anggota kumpulan ini telah berjaya walaupun bergerak secara solo.

Terdahulu, Seungri melancarkan album solonya, Let’s Talk About Lovekemudian disusuli oleh G-Dragon iaitu album Coup D’etat, Taeyang pula tampilkan Ringa Linga dan kini Top tampil dengan album baru, Doom Dada.

Pada 15 November lalu, Pihak Big bang telahpun memuatnaik MV rasmi Choi Seung Hyun atau lebih dikenali sebagai Top yang berjudul Doom Dada menerusi laman sosial Youtube.

Hasil sentuhannya bersama choice37, lagu yang berunsurkan Indian ini mempunyai tempo unbeat, dimana Top turut mendendangkan lagu tersebut dengan gaya barat, Amerika.

Top

Aksi Top dalam MV Doom Dada

MV yang berdurasi 3:40 ini menceritakan tentang perjalanan Top sebagai anak seni yang tidak mampu ditandingi oleh penyanyi lain walaupun mereka cuba meniru gaya nyanyian atau persembahannya.

Pada mulanya, lagu ini kedengaran sedikit aneh namun pengguna laman sosial seperti ketagih apabila menonton MV ini, sekaligus membuatkan MV ini telah mencapai 3 juta penonton dari seluruh negara.

Untuk makluman, lagu ini merupakan single terbaru untuk albumnya yang berjudul Top Doom Dada. Apa-apa pun, bagi mereka yang belum pernah mendengar lagu Doom Dada ini, mari layan MV ini sebentar lagi.

SKIP THIS AD ×