berita

‘Dorang Memang Satu Keluarga Suara Sedap Ke?’ – Video Nyanyian Anak Buah Siti Nurhaliza Tarik Perhatian

July 4th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Sebut saja nama Dato Sri Siti Nurhaliza, siapa sahaja yang tidak mengenali beliau, betul tak? Bukan sekadar dalam negara, malahan beliau turut mempunyai kelompok peminat dari negara lain juga. Namun, siapa sangka salah seorang anak saudaranya yang bernama Ummi Umairah, mempunyai kelunakan suara sepertinya.

Menerusi Twitter Nur Humairaa, wanita tersebut kongsi video Umairah yang sedang nyanyi lagu Anta Permana nyanyian ibu saudaranya. Ternyata nyanyian tersebut mencuri perhatian netizen apabila mereka mengatakan suaranya sangat merdu. Terbaik!

Like wow gituh!

Video berdurasi 0:43 saat itu menunjukkan Umairah sedang menyanyikan lagu Anta Permana. Umairah kelihatan tidak kekok ketika menyanyi walaupun dikelilingi ramai orang yang sibuk merakam. Bahkan, ada juga saudaranya yang meluahkan perasaan tidak puas mendengar dia menyanyikan lagu tersebut. Video tersebut mendapat 128k tontonan sejak dimuat naik ke Twitter.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen memuji kelunakan suara Umairah yang seakan-akan ibu saudaranya. Mereka turut berharap, Umairah bersungguh-sungguh dalam bidang nyanyian.

Sumber: Nur Humairaa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×