Kemarahan bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dilihat masih belum reda susulan dakwaan barangan peribadinya telah dikeluarkan dari rumah tanpa pengetahuannya.

Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Barang Peribadi Dr Afifah Dicampak Fitnah, Nubhan Sedia Bayar Ganti Rugi Jika Ada Kecacatan – Peguam

Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berang Dengan Nubhan, Dakwa Barang Peribadi Dicampak Di Hadapan Rumah Ibu – ‘Pernah Dah Dia Buat Saya Macam Ini’

Luahan Dr Afifah

Menerusi hantaran di Threads, Dr Afifah meluahkan rasa kurang senang dengan mendakwa tidak semua barangan miliknya yang dikeluarkan dari kediaman tersebut telah dipulangkan.

Malam-malam tak boleh tidur ni, dari pengamatan mata malam-malam ini..macam sikit je barang saya dipulangkan.

Saya rasa saya ada review peti ais. Dia pun ada hadiahkan saya peti ais. Mana peti ais itu?

Menurut Dr Afifah, sebahagian barang di dalam rumah berkenaan adalah hasil daripada pembeliannya sendiri serta diperolehi daripada hasil melakukan ulasan produk.

Dalam pada itu, Dr Afifah turut tidak berpuas hati dan mempersoalkan cara Nubhan mengasingkan barang-barang mereka.

Tudung saya saja rasa ada 20 kotak. 70% barang kecil dalam rumah itu saya yang beli sebab saya memang suka shopping.

Macam mana dia kira saya punya barang dan dia puya barang?

Saya keliru, kebanyakkan barang anak-anak saya yang dapat daripada review lepas tu saya beli pula sebab best. Groceries saya? Mana ikan salmon ku?

Nasihat netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Dr Afifah untuk cuba mengawal emosi dan tidak terlalu mendedahkan tentang konflik dirinya dengan bekas suami di media sosial.

Terdahulu, Dr Afifah meluahkan rasa kesal di Threads selepas mendakwa barangan peribadinya ‘dicampak’ dari rumah tanpa sebarang makluman awal ketika dia sedang berada di luar negara.

Untuk info, Nubhan, 39, sah bercerai dengan Afifah, 35, pada 2 Disember lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.

Sumber: Threads Dr Afifah