berita

Dr Erin Nafi Gila Talak, Tunjuk Bukti Masih Beri ‘Nafkah’ Kepada Bekas Suami

January 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, bekas isteri kepada Da’i Farhan iaitu Dr Erin, didakwa menegur netizen kerana memuat naik video kompilasi ‘lelaki curang’ dan terpapar beberapa gambar selebriti lelaki termasuk wajah mirip bekas suaminya itu.

Artikel berkaitan: ‘Farhan Tak Pernah Curang’ – Dr Erin Terkilan Bekas Suami Tersenarai Dalam Video Lelaki Curang Netizen

Terbaru, menerusi laporan Astro Gempak, Dr Erin memberitahu bahawa dia masih menyantuni kesemua bekas suaminya dan keluarga iparnya. Tambahnya, dia masih memberi nafkah kepada bekas suami walaupun mereka sudah bercerai.

Berbaik dengan semua bekas suami

Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get backlah, gila talak. Hello, nak habaq mai dekat sini, saya bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya, pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka. Dah cerai pun saya masih beri nafkah pada bekas suami saya bila dia perlu duit.

Akak yang dituduh perempuan tak baik ni lah duk tolong. Walaupun depa satu keluarga bukan main hina tapi saya tetap layan anak depa, adik depa, abang depa, baik-baik selepas bercerai sebab itu sifat saya.

Menurut Dr Erin, dia bukanlah seorang yang pendendam. Sebagai bukti, dia menunjukkan bukti perbualannya bersama bekas suami  yang meminta wang dan bantuan daripadanya. Tambahnya, screenshot tersebut merupakan salah satu bukti perbualannya dengan bekas suami sebelum Da’i Farhan. Rata-rata netizen menyatakan Dr Erin merupakan satu dalam seribu wanita yang menanggung nafkah suami.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×