berita

Dr Maszlee Malik Tegas Berita Penutupan Sebahagian Besar IPG Di Seluruh Malaysia Adalah Palsu

September 10th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Satu kenyataan yang menyatakan bahawa cadangan penutupan 21 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara pada tahun hadapan adalah tidak benar sama sekali.

Hal ini telah diperjelaskan sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik di Twitter miliknya yang menyatakan bahawa perkara itu tidak benar. Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak akan sama sekali membiarkan perkara sebegitu berlaku.

Cadangan penutupan IPG

Sebelum ini, satu tweet daripada Berita Harian mendakwa Dr Maszlee membuat kenyataan bahawa cadangan penutupan sebahagian besar IPG di seluruh negara pada tahun depan adalah polisi kerajaan terdahulu. Hal ini telah menimbulkan kekecohan di laman sosial.

Berita tersebut tidak benar

Sehubungan dengan itu, beliau terus menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan Berita Harian. Beliau dan KPM tidak akan membiarkan perkara sebegini berlaku bagi menjaga IPG Malaysia.

Kenyataan media KPM

Pihak KPM turut mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara tersebut. Dalam kenyataan media tersebut menjelaskan KPM sedang berusaha melaksanakan penambahbaikan dalam latihan perguruan. Hal ini bagi meningkatkan kualiti latihan guru di negara ini.

Sumber: Dr Maszlee, KPM

 

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×