berita

Drama ‘Shakira’ Pamer Kasih Sayang Dua Beradik Yatim Piatu

January 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah bersiaran sejak 5 Januari yang lalu, drama ‘Shakira’ berjaya membuat para penonton slot Akasia terpukau dengan gandingan segar barisan pelakon utamanya. Drama 28 episod ini menampilkan pelakon popular tanah air termasuk Shukri Yahaya, Janna Nick, Khai Bahar, Syerinie Myra, Nada Nursyuhada, Wan Raja, Ramona Zamzam, Marisa Yasmin, dan Edika Yusof.

Diarahkan oleh Idora Abdul Rahman, drama ini mengisahkan tentang kehidupan sukar Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) sejak dari kecil.

Tumpang teduh di rumah mak cik

Dua beradik yatim piatu ini terpaksa menumpang di rumah ibu saudara Aida (Marisa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri serta sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka. Selepas Hanisah tamat pengajian dan mula bekerja, dia bercinta dengan Zakuan (Wan Raja) dan berkahwin dengan Zakuan walaupun baru dua bulan berkenalan atas rancangan ibu saudaranya, Aida.

Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya untuk memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna bagi membiayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan. Apabila Shakira mendapat tahu duit itu dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi buskers untuk membiayai yuran pengajiannya. Sejak mendapat duit tersebut, Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. Hanisah pula mula mengalami gangguan mental sehinggakan Shakira terpaksa berhenti belajar dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar).

Setiap Isnin hingga Jumaat!

Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama ‘live band’ di sebuah resort baharu dan keputusan Shakira turut disokong oleh Irdi yang dalam diam turut menyukai Shakira. Namun, Irdi tidak mampu meluahkan isi hatinya kerana dia masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya. Sementara itu, Shakira turut semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya) seorang arkitek yang patah hati ditinggalkan tunangnya, Anita.

Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu. Korang jangan ketinggalan untuk menyaksikan Shakira setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam menerusi slot Akasia di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi sejam selepas tayangan di kaca televisyen pada hari yang sama di seluruh Malaysia.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×