berita

Driven #1: Perempuan Lebih Ramai Pakai Honda Jazz?

November 25th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Screen Shot 2013-11-25 at 11.40.33 AM

Di Malaysia, rata-rata pemandu kereta lebih suka membeli kereta yang bersesuaian dengan imej diri. Selain dari itu, harga yang berpatutan juga menjadi faktor utama para pengguna memilih kereta.

Menerusi video bersiri Driven, 3 orang hos iaitu Harvinder Singh, Paul Tan dan Hafriz Shah telah melakukan sedikit kajian dan penyelidikan mengenai 3 buah kereta iaitu Toyota Vios 1.5 G, Honda Jazz Hybrid dan Proton Suprima S.

Antara topik yang dikupas dalam video ini ialah rekabentuk kereta, kekuatan enjin dan juga penggunaan minyak. Menariknya, Honda Jazz merupakan kereta yang paling menjimatkan minyak dengan penggunaan sejauh 20.2 kilometer untuk 1 liter. Manakala Toyota Vios 1.5 G pula 17.3km/l, diikuti oleh Proton Suprima S dengan 13.9km/l.

Screen Shot 2013-11-25 at 11.49.54 AM

Penggunaan minyak per liter oleh setiap kereta

Screen Shot 2013-11-25 at 11.42.45 AM

Dari kiri, Proton Suprima S, Toyota Vios 1.5 G dan Honda Jazz Hybrid

Cukup sekadar 9.36 minit, siri video Driven ini benar-benar memberikan penuh maklumat mengenai kereta. Sebelum kami terlupa, harga untuk setiap kereta juga diberitahu dalam video ini.

Namun, apa yang benar-benar menarik perhatian kami ialah benarkah lebih ramai wanita menggunakan kereta Honda Jazz berbanding lelaki? Apa kata anda?

Anda boleh ikuti siri video Driven ini melalui saluran Youtube Paul Tan atau melalui Paultan.org.

SKIP THIS AD ×