berita

Dua Kali Cuba Bunuh Isteri Dengan Ular Berbisa Sebab Nak Harta, Lelaki Ini Dijatuhi Hukum Penjara Seumur Hidup

November 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di New Delhi, India seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas dipatuk ular bagaimanapun, hasil siasatan dijalankan mendapati suaminya yang dipercayai menjadi ‘pembunuh’ sebenar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Geram Suami Masih Tersenyum Selepas Ditangkap Khalwat – ‘Tiada Perasaan Langsung!’

Artikel Berkaitan: Suami Kantoi Kahwin Ramai, Isteri Lepas Geram Upah 7 Lelaki Bunuh Suami

Artikel Berkaitan: Wanita Dipercayai Rancang Rompakan & Pembunuhan Suami Sendiri Demi Harta, Pandai Dia Berlakon!

Isteri terbunuh dek patukan ular

Foto: CNN

Memetik laporan CNN, mangsa dikenali Uthra, 25 tahun telah dikejarkan ke hospital di bandar Kollam, selatan India sebelum disahkan meninggal dunia. Difahamkan, ketika kejadian ibu kepada wanita ini mendapati anaknya terbaring kaku di atas katil serta berlumuran dengan darah.

Menurut dokumen mahkamah menerusi bedah siasat yang dijalankan pada 7 Mei yang lalu, mengesahkan mangsa telah dipatuk seeokor ular tedung yang sangat berbisa beberapa jam sebelum dia meninggal dunia. Bagaimanapun, ahli keluarga kepada wanita ini dikatakan curiga dengan kematian mangsa dan bertindak membuat laporan polis.

Sebelum ini, tertuduh, Suraj Kumar didakwa telah membeli seekor ular berbisa dan bertindak meninggalkan ular tersebut di tangga rumahnya dengan harapan ular tersebut akan mematuk isterinya. Ketika kejadian, tertuduh didakwa meminta mangsa untuk mengambil telefonnya dari bilik tingkat satu namun perancangannya ketika itu tidak membuahkan hasil.

Susulan daripada itu, tertuduh dikatakan menangkap semula ular tersebut dan menyimpan di dalam beg plastik dan bertindak mencampurkan sesuatu ke dalam makanan yang menyebabkan mangsa ‘pengsan’. Ketika mangsa sedang pengsan, ular tersebut telah bertindak mematuknya dan mangsa telah dikejarkan ke hospital.

Mahukan harta isteri

Sekadar gambar hiasan

Hasil perbicaraan mendapati suami kepada mangsa bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan yang dilakukan. Menurut hakim, kematian mangsa adalah disebabkan oleh bisa ular tedung dan hasil siasatan itu bukan kali pertama tertuduh menggunakan ular sebagai senjata bagi membunuh isterinya.

Mengulas lebih lanjut, pasangan ini mula berkenalan menerusi perkhidmatan cari jodoh sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada Mac 2018. Apa yang lebih mengejutkan, tertuduh dipercayai berkahwin dengan mangsa bagi mendapatkan ‘keuntungan’ berupa mas kahwin 720 gram emas, sebuah kereta sedan Suzuki dan wang tunai sebanyak 500,000 rupee (anggaran RM 28,128.33).

Bukan itu sahaja, tertuduh juga didakwa tamak dan mahukan lebih banyak harta selepas berkahwin dengan isterinya dan cuba merancang untuk membunuh mangsa dengan ular namun, perancangan tersebut tidak membuahkan hasil.

Sumber: CNN

SKIP THIS AD ×