berita

Dua Kali Percubaan Gagal, Akhirnya Vokalis Band Thailand Ditemui Mati Bunuh Diri

December 4th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sekali lagi industri hiburan Thailand dikejutkan dengan berita kematian seorang vokalis dari band Friday Night to Sunday yang bunuh diri akibat tekanan atau depresi. Sebelum ini, sudah dua kali percubaan penyanyi lagu Bedroom itu merancang untuk membunuh diri namun gagal dihalang oleh keluarga dan rakan.

Vokalis band Thailand bunuh diri

Mendiang Pooriwat Suwannanee dipercayai telah menggantungkan dirinya di dalam sebuah bilik di rumah penginapan di Songkhla. Ibu kandung kepada penyanyi ini telah menemui mayat anaknya sekitar 2 pagi dan ibu mangsa sudah sedaya memberi bantuan penafasan (CPR) berkali-kali namun, gagal.

Dipercayai kematian vokalis ini adalah berpunca dari tekanan dan depresi yang dihadapinya. Punca dan masalah sebenar masih lagi dalam siasatan. Menurut sumber rakan rapat, tragedi ini merupakan percubaan ketiganya untuk membunuh diri.

Posting terakhir di Facebook

Sebelum ini tiada petanda aneh yang menunjukkan perubahan sikap pada penyanyi itu. Malah, penyanyi lelaki turut memuatnaik gambar terakhir di laman Facebook dengan kapsyen “Sawadeekap, phom Tau Shonchai, kap” (Hi, saya Tau Shonchai). Gambar yang dimuatnaik ini dipercayai ketika penyanyi Friday Night to Sunday berada di Chiang Mai.

Sebelum ini, Pooriwat Suwanmanee pernah menceritakan masalahnya menerusi posting di Facebook pada 13 Oktober 2018.

Awak pernah terfikir nak bunuh diri tak? Saya juga pernah terfikir nak bunuh diri pada 10 Oktober. Kadang-kadang kita tak mampu nak luahkan segala masalah untuk bagi sesiapa dengar. Saya pernah terfikir nak bunuh dia, sudah 10 kali.

Saya mengakui apa yang saya buat tahun lepas itu adalah salah saya sendiri sehingga tidak ada pilihan untuk keluar. Saya pernah merancang terjun bangunan tapi tak jadi sebab saat akhir dapat panggilan dari mak berkata “Esok nak makan apa, nak?, mak ingat nak buat laksa untuk kita makan. Nanti balik kita makan sama-sama”.

Ayat ini membuatkan saya batalkan niat itu dan pulang ke rumah. Saya juga pernah beritahu ke mak saya mengenai tindakan saya itu dan mak pun menangis. Akhirnya, sejak dari itu saya berjanji tidak akan ulangi perkara itu lagi.

Lagu Bedroom

Lagu nyanyian Pooriwat Suwannanee yang berjudul Bedroom ini telah mendapat lebih 360 juta tontonan di Youtube dan menjadi antara lagu hit di Thailand.

Sumber: Youtube BEC

SKIP THIS AD ×