berita

Dua Suspek Dalang Pencemaran Bahan Kimia Sungai Kim Kim Ditahan

March 20th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang telah menyebabkan ramai penduduk terdedah kepada gas metana dan benzene. Walaubagaimanapun, kawasan Sungai Kim Kim sepanjang 1.5km telah dibersihkan dan disahkan selamat.

Berikutan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan dua suspek dipercayai dalang kepada aktiviti tidak bertanggungjawab ini.

Berjaya menahan lagi 2 suspek

Menerusi laporan Malaymail, hari ini pihak polis berjaya menahan dua lagi suspek yang dipercayai terlibat sebagai dalang dalam insiden pembuangan sisa kimia, tempoh hari.

The two suspects are believed to be linked to the factories and were instrumental in arranging for the transportation of the toxic substances.

Pihak polis juga berjaya menemui dan merampas sebuah lori yang digunakan untuk membuang sisa kimia di Sungai Kim Kim. Penangkapan dua suspek pada hari ini menjadikan jumlah tangkapan seramai 11 orang.

11 suspek keseluruhan

All of those arrested are aged between 27 and 41 and we have remanded them to assist investigations. However, a male suspect was released on police bail today as he was not connected to the case. We will try our best to wrap up investigations as it is a case of public interest.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua suspek yang ditahan adalah dalam lingkungan 27 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang ditahan telah dibebaskan hari ini kerana dia tidak terlibat langsung dalam insiden tersebut. Kesemua suspek diberkas di sekitar Johor dan seorang ditahan di Perak.

Pemantauan akan kerap dijalankan

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar, YB Yeo Bee Yin telah mengesahkan tiada gas berbahaya di Sungai Kim Kim selepas 5 hari kerja pembersihan dijalankan. Tambahnya, pihak berkuasa akan kerap melakukan pemantauan sepanjang 15 hari di sana bagi menjamin tahap kebersihan.

Sejumlah 1,500 tan air sungai dan 900 tan enap cemar dengan sisa kimia berbahaya sudah dibersih dan akan dilupuskan dari Sungai Kim Kim. 4 mangsa dirawat di ICU. Keadaan mereka sekarang sudah stabil. Mujur tiada kematian dilaporkan.

Laporan terkini mendapati 46 pesakit masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail.

Sumber: Malaymail

SKIP THIS AD ×