berita

Dua Tahun Lawan Kanser, Pereka Fesyen ‘Louis Vuitton’ Virgil Abloh Meninggal Dunia

November 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pereka fesyen tersohor, Virgil Abloh disahkan meninggal dunia semalam disebabkan penyakit kanser. Berita pemergian Abloh diumum oleh kumpulan LVMH (Louis Vuitton Moet Hennessy) dan label Off-White yang diasaskan oleh Abloh pada tahun  2013.

Pengarah artistik jenama LV

Untuk pengetahuan korang semua, Abloh merupakan pengarah artistik untuk pakaian lelaki Louis Vuitton. Menurut keluarga Abloh, beliau disahkan mengidap cardiac angiosarcoma dua tahun lalu, barah di dalam jantung yang jarang berlaku. Pada 2018, Abloh menjadi pengarah artistik berkulit gelap pertama dalam sejarah Louis Vuitton. Mendiang merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Ghana dan belajar menjahit daripada ibunya.

Dengan kelulusan sarjana muda dalam bidang kejuruteraan serta ijazah sarjana dalam bidang seni bina, mendiang pernah menjalani latihan praktikal bersama penyanyi rap Kanye West atau Ye di LVMH Fendi. Mendiang meninggalkan isteri, Shannon Abloh dan dua orang anak, Lowe dan Grey.

Kami sangat terkejut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Louis Vuitton (@louisvuitton)

Menerusi Instagram rasmi Louis Vuitton, seluruh warga kerja termasuk Ketua Pegawai Eksekutif jenama tersebut meluahkan rasa sedih sebaik sahaja mendapat tahu berita duka tersebut. Selaku Ketua Pegawai Eksekuti, Bernard Arnault turut meluahkan rasa simpati terhadap keluarga Abloh.

Sumber: Louis Vuitton

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×