berita

‘Duit Atau Terkenal Bukan Boleh Bawa Masuk Kubur Pun’ – Respon Ustaz Ebit Lew Dakwaan Riak

March 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini seorang individu telah memuat naik satu posting berkenaan seorang ustaz selebriti yang dikatakan tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew kerana mendakwa sikapnya yang menunjuk-nunjuk ketika memberikan sumbangan kepada beberapa buah hospital dan pengamal perubatan.

Terbaru, menerusi Facebook Ustaz Ebit, dia tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Kasihan mereka sangat

Dah malam bila tengok muka isteri dan anak rasa sedih. Sayu dan menangis. Saya kalau boleh langsung tak nak keluar rumah walau selangkah. Saya sangat sayang isteri dan anak-anak saya kerana Allah. Saya benar-benar faham kepentingan kuarantin dan duduk di rumah. Saya hari-hari ceramah pada orang lain dari awal lagi. Itulah sentiasa pesanan saya pada semua orang stay at home.

Setiap malam tengok isteri dan anak-anak dari jauh tak bagi mereka cium saya. Sedih rasa. Kita semua sebenarnya sedang benar diuji. Ya Allah padaMu kami mengadu sedih dan susah kami. KepadaMu kami semua berserah. Lepas tengok muka anak tengok email dan mesej setiap hari ada surat rasmi atau mesej dari hospital. Keperluan di hospital yang teramat penting kerana ini melibatkan keselamatan mereka.

Perkataan lain mereka merisikokan nyawa mereka untuk orang lain. Tengoklah berapa ramai Doktor, Petugas Frontline, nurse, MA, polis, dan bahagian hadapan lain dan semuanya sekarang positif covid 19. Kasihan mereka sangat. Berbaloi ke kerana gaji mereka buat semua itu. Tapi kerana Allah mereka berjuang berkorban. Ya Allah selamatkan mereka semua. Itupun ada mulut sumbang cakap macam-macam pada mereka. Sedih. Saya sayang mereka semua.

Kawan rapat meninggal sebab Covid-19

Begitu juga dari awal dah berapa orang kawan rapat saya kenal meninggal dalam covid ini. Semoga Allah beri pahala syahid buat mereka. Covid ini telah memisahkan kita secara zahir. Janganlah ia memisahkan dan menjauhkan hati kita. Semoga Allah rapatkan hati kita semua. Sedihkan isteri tak dapat tengok suami dari mula sampai tanah kubur. Begitu juga ibu bapa keluarga.

Sedih. Ramai kawan saya di icu masih bergantung pernafasan. Cikgu-cikgu saya yang ajar saya masa kecil di kaurantin di hospital. Setiap pagi saya melangkah keluar rumah rasa takut sangat. Saya ke sana sini. Saya ada surat polis dan hospital. Surat kebenaran semuanya. Saya niat semua ini menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kita semua menjadi sebuah keluarga.

Semua staf pejabat dan 3 restoran saya 53 orang semuanya cuti. 53 orang staf saya yang amat saya sayangi. Terima kasih bekerja dengan saya selama ini. Saya sayang mereka. Saya nak suruh sesiapa hantar bekalan waktu covid untuk kerja ini saya tak berani. Saya sayang mereka. Mereka cuti semuanya. Setakat ini bayar semua gaji mereka insyaAllah. Biarlah saya sendiri yang buat semua ini dan beberapa sukarelawan lain sebagai kawan bukan staf. Semoga Allah lindung saya dan kamu semua dari covid 19 ini.

Saya baru belajar Islam

Tapi bila ada ustaz mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh HARAM sebab rakam dan tunjukkan. Siap lepas tu update status dan kata saya di sana sini. Saya tak kisah pun. Tak rasa apa-apa. Dari kecil saya rasa macam ni. Saya tak rasa sedih bila orang cakap-cakap. Tapi ustaz-ustaz terasa juga sebab saya ni baru belajar Islam.

Biasalah manusia ini berbeza pendapat. Tak apa nanti habis covid ini saya ni jumpa mereka semua seorang demi seorang. Tunggu yer nanti saya jumpa semua. Saya sayang semua kerana Allah. Sedekah ada 2 jenis sembunyi dan terang-terangan. Dua-dua tetap sedekah. Disebut dalam Al-Quran. Begitu juga hadis. Saya pohon Allah maafkan saya dan sentiasa beri saya keikhlasan. Pohon doakan saya itu sahaja saya dan kita semua harapkan Redha Allah.

Ramai juga alim guru saya beri kata doa dan dengan doa tuan puan. Terima kasih tolong doakan saya. Gembira dakwah ini sampai pada ramai bukan Islam pm saya. Tanya tentang apa itu Islam. Gembira rasa. Kadang dakwah ini dengan kata-kata. Ada masa dengan akhlak. Media ini juga boleh jadi sumber dosa atau pahala.

Saya minta maaf

Duit atau terkenal itu bukan boleh bawa masuk kubur pun. Entah-entah esok lusa tak ada. Dunia ini pun belum tentu ada. Ada yang lebih besar dari semua itu ialah Redha Allah. Itulah segalanya. Pohon doakan yer. Baru tempah 1 lori 10 tan untuk bantu lebih banyak tempat. Terima kasih ramai juga kawan-kawan yang berkongsi rezeki. Terima kasih semua. Semoga Allah terima semuanya.

Saya minta maaf pada pada semua saya banyak buat silap salah atau lukakan hati sesiapa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya Ebit Lew minta maaf pada semua. Saya salah. Saya tak pandai. Saya cuma cina baru belajar Islam. Saya bukan ustaz atau pendakwah. Saya cuma sayangkan Islam ini dan negara ini lebih dari nyawa saya sendiri.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×